Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 11, 2015

Sekiranya PAS rebah di Kelantan, siapa yang akan dipersalahkan?

PAS hanya boleh salahkan diri sendiri sekiranya tumpas di Kelantan
oleh Alyaa Alhadjri

SEKILAS PANDANG:   Sekiranya kerajaan negeri PAS di Kelantan tersungkur dalam pilihanraya umum akan datang, ia merupakan kegagalan parti itu sendiri untuk menerima realiti politik  akar umbi.
Walaupun mudah untuk pemimpin PAS menyalahkan parti yang baru dibentuk Parti Amanah Negara (Amanah) kerana mensabotaj atau menyedut kekuatannya, pemerhati percaya yang penambahan sokongan yang berlaku adalah disebabkan oleh keangkuhan mereka untuk menerima kritikan.
Malah ketika parti serpihan PAS berkata yang mereka akan cuba untuk bekerja dengan parti Islam itu sebaik mungkin, bagi mengelakan pertarungan tiga penjuru antara dua parti Islam dan BN.
Pada 8 September, laman berita The Malaysian Insider  melaporkan yang pengerusi Amanah Kelantan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah sebagai berkata yang parti baru itu akan cuba sebaik mungkin untuk berunding dengan PAS, dan memastikan kelangsungan legasi parti Islam di negeri itu.
Rundingan itu, katanya, berdasarkan cubaan untuk menghalang pertarungan tiga penjuru melibatkan calon pilihanraya  Barisan Nasional, PAS dan Amanah untuk kerusi-kerusi negeri di Kelantan sewaktu PRU 14.
“Dalam pertemuan bertentangan antara PAS dan BN untuk mana-mana kerusi di Kelantan dalam PRU 14, saya sendiri akan memastikan yang Amanah akan membantu dan menyokong calon PAS,” Wan Abdul Rahim dipetik sebagai berkata.
Bagaimanapun, Wan Abdul Rahim, berkata yang Amanah akan dipaksa membuat keputusan mereka sendiri sekiranya PAS berterusan menolak cubaan melakukan rundingan untuk kerjasama masa hadapan.
Menurut The Malaysia Insider, terdapat lima daripada sembilan MP PAS dan antara lapan dan 16 wakil rakyat PAS negeri di Kelantan yang dipercayai memberikan sokongan kepada Amanah.
Kerajaan negeri semasa yang dipimpin PAS terdiri daripada 32 orang wakil rakyat PAS dan seorang dari PKR. Selebihnya seramai 12 orang dari BN.
Sementara itu, dalam konteks sokongan akar umbi, Wan Abdul Rahim menyifatkan terdapat hanya 8,000 ahli PAS daripada 80,000 pengundi berdaftar di Kelantan.
Kebanyakan pengundi menyokong parti Islam itu, termasuklah pengundi bukan Islam yang tertarik kepadanya selepas tsunami politik 2008.
Selepas lebih 20 tahun berkuasa, pemerhati menyifatkan PAS boleh melakukan lebih baik untuk membina sokongan akar umbi di negeri kubu kuatnya, terutama sekali dalam kalangan generasi muda yang lebih kritikal dalam soal pengurusan parti dalam menagani isu yang memberi kesan kepada rakyat.
Bertentangan dengan tanggapan yang Amanah bermatlamat melumpuhkan PAS di Kelantan, bekas ketua bahagian PAS Kota Baru itu berkata yang parti itu akan menumpukan usaha kepada lebih 70,000 pengundi yang tidak menjadi ahli mana-mana parti politik.
Walaupun dituduh menjadi kumpulan mereka yang tertewas, Wan Abdul Rahim berkata yang pemimpin Amanah akan berusaha keras untuk membuktikan niat mereka membentuk Malaysia yang lebih baik, berdasarkan prinsip yang Islam adalah agama yang memberi rahmat kepada semua manusia.
Sumber dalaman Amanah dari negeri lain juga memberitahu SemutHarian yang walaupun mereka akan bertanding di kawasan pilihanraya yang mereka yakin punya kekuatan, mereka juga akan membenarkan PAS untuk bertanding di kawasan parti Islam itu menerima sokongan kuat, bagi mengelakan pertembungan satu sama lain.
Diketuai oleh bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, Amanah dibentuk oleh pemimpin parti yang tersingkir daripada jawatan mereka sewaktu pemilihan dalaman parti yang lepas.
Menjelang pelancaran rasmi Amanah pada 16 September akan datang, presiden PAS Abdul Hadi Awang telah menafikan kemungkinan penghijrahan besar-besaran ahli ke dalam parti progresif islam baru itu.
Pada 7 Ogos, Abdul Hadi sekali lagi mendakwa pemimpin yang meninggalkan PAS sebagai “tidak layak” menjadi sebahagian daripada pergelutan parti itu.
Dia juga mengisytiharkan yang PAS kini akan mempertimbangkan meletakan calon di kawasan yang secara tradisinya ditandingi oleh DAP- langkah yang dilihat pemerhati boleh menimbulkan kesan buruk dan merapuhkan gabungan pakatan pembangkang yang baru.
Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob telah berkata yang PAS tidak akan bekerjasama dengan pemimpin Gerakan Harapan Baru, yang kini telah membentuk kepimpinan baru Amanah di negeri itu.
Jelas sekali sikap angkuh dan bongkak PAS kepada Amanah, seperti mana sikap sama sehingga menghancurkan Pakatan Rakyat sebelum ini, menyebabkan kemungkinan wujudnya kerjasama mungkin tidak akan berlaku.
Sekiranya ia terus memegang prinsip ini, ia mungkin menemui dirinya tidak menjadi sebahagian daripada mana-mana gabungan pembangkang dan menjadi parti kedaerahan yang bukan hanya kehilangan pengaruh di peringkat kebangsaan, tetapi juga mungkin akan tersungkur di negeri sendiri Kelantan.
Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di alyaa@hckmedia.com

11 comments:

  1. PAS tidak bersalah dan PAS tidak akan dipersalahkan, yang salah dan yang akan dipersalahkan ialah geng-geng cangkul yang melarikan kerusi dan melanggar bai'ah kerana terlalu taksub dengan roket.

    ReplyDelete
  2. Moga Allah SWT menapis segala pembelot & pemusnah dari kalangan para pejuang Islam , aamiin, ABU !

    ReplyDelete
  3. Kita bersetuju dgn pandagan ini..KECUALI atas kehendak Allah..coz jika di lihat tindak tanduk Pemimpin Pas..melawan arus juga kelihatan selari dgn UMNO..maka PAS boleh lah bersiap sedia menjadi pembangkang di Kelantan dan berhadapan kehilangan Deposit di Negeri2 lain Innalilahiwainnailaihirajion.

    ReplyDelete
  4. Sekiranya PAS rebah di Kelantan, siapa akan dipersalahkan?? Haji Hadi serta kumpulan lebai-lebai mercun yang menjulangkan dia. Jangan harap dia boleh berjuang untuk mempertahankan Kelantan, negeri sendiri pun lingkup dibuatnya. Sekarang yang ada dalam PAS hanya orang-orang yang bercelaru, cakap tak tentu hala, sombong dan keras kepala. Cuba-cubalah belajar hidup di alam nyata. Pertama Malaysia bukan lagi negara Melayu sebab itu nama Persekutuan Tanah Melayu sudah jadi Semenanjung Malaysia. Bahasa Melayu sudah ditukar nama kepada Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Malaysia. Sampaikan Keretapi Tanah Melayu pun sudah jadi KTM Berhad. Jangan sebut Melayu. Dalam konteks Malaysia, Melayu setaraf Iban, Kadazan, Kelabit, Orang Laut dan seangkatan. Islam di Malaysia bukan sahaja jadi ugama sebahagian besar ugama Melayu, ramai orang lain, India, Cina, Iban, Kadazan, Bajau, dan lainnya juga berugama Islam. Perlu diingat semasa orang Melayu makan binatang merangkak dan menjalar dibumi, orang India dan Cina sudah ramai Islam dan di negara-negara mereka sudah ada masjid, surau tak ada!!. Dengan itu untuk survival PAS di Kelantan adalah langkah yang baik PAS bergabung dengan UMNo kerana dua-dua berjuang untuk Melayu dan kroni, lagi pun perangai lebih kurang je!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku setuju dgn pendapat engkau A Said....
      ISLAM = MILIK SEMUA BANGSA
      = RAHMATAN LIL'AALAMIIN
      MELAYU = UMNO + PAS + PROJEK JUTA2

      Delete
  5. Abe

    Jika PAS Kelantan jatuh dalam PRU 14, takde siapa yang harus dipersalahkan melainkan Mat Yaacob dan Nik Amar. Antara keduanya, Mat Yaacoblah yang kena bertanggungjawab menghancurkan legasi kepimpinan TGNA. Ini kerana dia adalah penganti TGNA. Beliau begitu lemah dalam memimpin malah gagal samasekali memimpin. Nik Amar sebenarnya bukan masaalah besar bagi Mat Yaacob tetapi disinilah letaknya kelemahan dan kegagalan Mat Yaacob.

    Nik Amar bukan tokoh besar dalam PAS Kelantan, malah nobody diperingkat PAS nasional. Pengaruh sebenar Nik Amar di Kelantan pun xkuat mana pun. Mat Yaacob bila2 masa boleh checkmate Nik Amar, sekaligus menghentikan s3gala masaalah pentadbiran negeri dan masalah perpecahan dalam PAS Kelantan. Tapi Mat Yaacob lemah, penakut dan nanar xtau macamana nak memimpin. Itu je. Kalau kita nampak ketidakbolehan Najib memerintah dan memimpin, begitulah juga Mat Yaacob.

    Kebolehan memimpin xde kena mengena dengan taraf ulamak Mat Yaacob. Baik Mat Yaacob xde kena mengena dengan kebolehan dan kepimpinan yang dituntut oleh jawatan kerajaan dan parti yang mat yaacob pegang.

    Abe, sentimen tahun 1978 dan 1990 sudah berjalan sekarang di Kelantan. Tahun 1978, PAS kena tendang. Tahun 1990 giliran UMNO pulak. Kali ni giliran PAS sekali lagi....

    Ceritanya mudah, kepimpinan kelas ketiga. Kepimpinan TGNA kepimpinan kelas pertama. Kepimpinan kelas ketiga ni paling lama pun sepenggal. Tengok Terengganu bawah HH dan Kedah dibawah Ustaz Azizan, sepenggal sahaja. Kerajaan Mat Yaacob pun nampaknya sepenggal sahaja.

    Seperti saya kata, kepimpinan baik kepimpinan politik maupun kerajaan, xde kena mengena dengan taraf ulamak. Ia atas kualiti batang tubuh tu sendiri. Contohnya mudah ambik contoh TGNA dan HH. Kedua-duanya mempunyai ilmu ugama yang setara. Tetapi mengapa TGNA memerintah 5 penggal sedangkan HH hanya sepenggal. Kerajaan TGNA wujud 9 tahun sebelum wujud kerajaan PAS Terengganu dibawah HH dan terus kekal 9 tahun setelah HH jatuh....itu bezanya kepimpinan kelas pertama dengan kepimpinan kelas ketiga!

    ReplyDelete
  6. Abe

    Jika PAS Kelantan jatuh dalam PRU 14, takde siapa yang harus dipersalahkan melainkan Mat Yaacob dan Nik Amar. Antara keduanya, Mat Yaacoblah yang kena bertanggungjawab menghancurkan legasi kepimpinan TGNA. Ini kerana dia adalah penganti TGNA. Beliau begitu lemah dalam memimpin malah gagal samasekali memimpin. Nik Amar sebenarnya bukan masaalah besar bagi Mat Yaacob tetapi disinilah letaknya kelemahan dan kegagalan Mat Yaacob.

    Nik Amar bukan tokoh besar dalam PAS Kelantan, malah nobody diperingkat PAS nasional. Pengaruh sebenar Nik Amar di Kelantan pun xkuat mana pun. Mat Yaacob bila2 masa boleh checkmate Nik Amar, sekaligus menghentikan s3gala masaalah pentadbiran negeri dan masalah perpecahan dalam PAS Kelantan. Tapi Mat Yaacob lemah, penakut dan nanar xtau macamana nak memimpin. Itu je. Kalau kita nampak ketidakbolehan Najib memerintah dan memimpin, begitulah juga Mat Yaacob.

    Kebolehan memimpin xde kena mengena dengan taraf ulamak Mat Yaacob. Baik Mat Yaacob xde kena mengena dengan kebolehan dan kepimpinan yang dituntut oleh jawatan kerajaan dan parti yang mat yaacob pegang.

    Abe, sentimen tahun 1978 dan 1990 sudah berjalan sekarang di Kelantan. Tahun 1978, PAS kena tendang. Tahun 1990 giliran UMNO pulak. Kali ni giliran PAS sekali lagi....

    Ceritanya mudah, kepimpinan kelas ketiga. Kepimpinan TGNA kepimpinan kelas pertama. Kepimpinan kelas ketiga ni paling lama pun sepenggal. Tengok Terengganu bawah HH dan Kedah dibawah Ustaz Azizan, sepenggal sahaja. Kerajaan Mat Yaacob pun nampaknya sepenggal sahaja.

    Seperti saya kata, kepimpinan baik kepimpinan politik maupun kerajaan, xde kena mengena dengan taraf ulamak. Ia atas kualiti batang tubuh tu sendiri. Contohnya mudah ambik contoh TGNA dan HH. Kedua-duanya mempunyai ilmu ugama yang setara. Tetapi mengapa TGNA memerintah 5 penggal sedangkan HH hanya sepenggal. Kerajaan TGNA wujud 9 tahun sebelum wujud kerajaan PAS Terengganu dibawah HH dan terus kekal 9 tahun setelah HH jatuh....itu bezanya kepimpinan kelas pertama dengan kepimpinan kelas ketiga!

    Kalau ada lagi walaun nok pertikai tok tahu nak kata lagi lah.....gi makey taik lagi baiklah...

    ReplyDelete
  7. if PAS collapse in Kelantan,... PAS is to be blamed.They are failed leaders. No significant socioeconomy developmentn in Kelantan.the kelantanese have fade up with rhetorical excuses. The young generation, the emigrant kelantanese and the over the fence voters will vote for opposition. UMNo can grab this opportunity to be back in power or dont be surprise if DAP fields the Malay candidates they may win.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mansor

      Tok lebai PAS ni bongkak dan sombong dok kata kemenangan PAS kerana ahli PAS. Mereka xsampai nak pikir bahawa tiada parti politik di malaysia ni menang mana-mana kerusi Dun atau Parlimen d3ngan undi ahli sendiri semata-mata. Ini kerana ahli mana2 parti bagi mana2 Dun atau Parlimen xsampaipun sebanyak ( jumlah daftar pemilih/ 2 + 1).

      Penyokong2 taksub PAS di K3lwntwn dan Terengganu dok kata PAS menang kerana undi puak depa je, tu pasai yang bengong dalam di mana2 fb ni geng ni je. PRU 14 nanti tau le depa PAS ni hebat ke tak....

      Delete
  8. Puak pascai kena kembali kepada faktor kenapa keadaan ini boleh terjadi. Bukankah hj hadi dan ustaz mercun yg merancang unt menendang keluar semua pemimpin progresif ini? Dengan pelbagai tohmohan dilempar supaya ahli dibawah termakan. Skular. Tolol barua dan kuda tunggang. Apa hj hadi buat bila dr hatta dan dr zulkifli diserang. Pascai jng sombong. Mereka menang di kelantan bukan kerana ahli ttp krn pengundi tidak suka umno . Skrang ini tahap kbencian org ramai khususnya penjawat awam kpd pascai melebihi apa yg mereka rasa pd umno. Tunggulahhh . Kami tak sabar

    ReplyDelete
  9. salahkan umno je la..umno "buat" disko,tapi anak dia masuk "disko" umno pun salah umno hehe..umno "buat" arak..tapi anak dia minum arak umno pun salah umno..padi dia rosak salah umno..lembu dia ilang pun salah umno...
    x luak..pentaksub sanggup telan alasan tu hehe

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa