Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Friday, January 22, 2016

Ahmad Bashah terduduk?

Ini menunjukkan Mukhriz bukanlah ditolak oleh seluruh UMNO Kedah
Penipuannya Ahmad Bashah dah kantoi!

Pemimpin Umno Kedah buat tindakan gelojoh, kata Exco Kedah
21 Januari 2016 | BORHAN AHMAD
Orang ramai tanda tangan banner sokong Mukhriz
Selepas ketua wanita, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Datuk Suraya Yaacob pula menafikan majoriti kepimpinan Umno di Kedah menolak Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar.
Justeru, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Tiang, menyifatkan 'serangan' dibuat terhadap Mukhriz melalui sidang media khas semalam, sebagai suatu tindakan yang gelojoh dilakukan pemimpin tertentu, lapor Berita Harian Online.
Katanya, beliau tidak menerima sebarang jemputan bagi sidang media penolakan Mukhriz itu, malah sama sekali tidak akan menyokong perbuatan seumpama itu.
Mukriz dikerumun penyokong semalam selepas ditolak Umno Kedah.Mukriz dikerumun penyokong semalam selepas ditolak Umno Kedah."Tak boleh kata seluruh kepimpinan Umno (Kedah) tolak Menteri Besar... kalau seluruh kepimpinan maknanya Ketua Umno cawangan pun termasuk sekali...itu hanya melambangkan mereka yang berada di situ.
"Saya tidak dijemput dan tak akan sokong sebab itu bukan cara dalam Umno...tak menjangka ia akan jadi sebegitu drastik, " katanya ketika ditemui di Istana Anak Bukit, di sini.
Sementara itu, seorang lagi Exco Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain, yang hadir pada sidang media semalam pula, mengakui ragu-ragu sama ada kaedah dilakukan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan pemimpin Umno lain itu betul atau tidak.
Tajul Urus berkata, beliau tidak dimaklumkan lebih awal mengenai inti pati sidang media itu dan hanya mengetahuinya sebaik hadir di Hotel Grand Alora, selepas diminta hadir.
"Ia menjadi pertanyaan pada saya sama ada ini kaedah yang betul...soal pucuk pimpinan dah tak boleh (diterima) adalah biasa, namun kaedah dia tu...saya tiba di sidang media itu dan bertanya pelbagai soalan, namun akhirnya saya akur di situ sahaja.
"Sekiranya ditanya saya pada peringkat awal, mungkin saya bagi pandangan lain, " katanya sebagaimana dilapor BH Online.
EXCO Kedah, Datuk Amunuddin Omar, berkata beliau turut tidak mendapat jemputan bagi menghadiri sidang media itu.
Beliau yang menyokong penuh kepimpinan Mukhriz berkata, tindakan sidang media itu dibuat secara dasarnya seolah-olah tidak menghormati Undang-undang Tubuh Negeri Kedah, iaitu Menteri Besar dilantik atas perkenan Sultan Kedah.
Sebelum ini, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Maznah Hamid mendedahkan beliau tidak tahu menahu tujuan sidang media Umno Kedah semalam untuk mengumumkan hilang keyakinan mereka kepada menteri besar Datuk Seri Mukhris Mahathir, lapor Sinar Harian.
Mendedahkan perkara itu, katanya, sebelum sidang media itu, mereka (kepimpinan Umno Kedah dan bahagian) telah dipanggil untuk menghadiri satu taklimat tertutup bersama kepimpinan.
"Selaku ketua sayap negeri dan bahagian, saya hadir untuk mengetahui perkembangan parti terutamanya di Kedah.
"Sebaik sampai langsung tiada mesyuarat atau taklimat, sebaliknya saya dan beberapa pemimpin lain diminta ke barisan depan untuk menyertai sidang media, sedangkan kami tak tahu apa sebenarnya dan tujuan sidang media diadakan," katanya.

6 comments:

  1. Jika gagal Bashah dan 14 ketua bahagian maka: 1. Tindakan tatatertib perlu dikuatkuasakan segera. 2. Atau terus membubarkan DUN. Kemelut boleh menjadi tsunami. Bashar dan kuncu-kuncu ditaja kukuh, mereka belum kalah. Mukriz tidak dapat bertahan lama lagi. Harus membuat offensive yg tak terjangka, teliti namun pantas serta "CCTV" yang ampuh. Mukriz juga harus berbaik dgn PAS utk jangkaan kerajaan campuran jika membubarkan DUN. Mukriz harus mendapatkan jaminan PAS terhadap dirinya, kerana ini merupakan jaminan utk dirinya kepada Umno-BN sendiri kelak. Dekad terbaru ini dasar-dasar pimpinan PAS telah terlalu jauh berubah berbeza sebelumnya, lebih terbuka dan konstruktif. Saya yakin PAS akan sangup berkompromi dan berkorban demi Mukriz, hatta ini akan membantu PAS kelak.

    ReplyDelete
  2. Semua dah mula u tu4n sorang lepas sorang abe...terkantoi pulop Abe Jib kita....

    ReplyDelete
  3. Ni sume nk alih isu hrga minyak yg bakal dijadikn hrga siling...

    ReplyDelete
  4. bukan harga siling dA... harga lantai

    ReplyDelete
  5. Siling dgn lantai pun konfius. Dulu tak belajar ekonomi ker? Haha

    ReplyDelete
  6. Hey There. I found your blog using msn. This is a really well written article.

    I will make sure to bookmark it and return to read more of your useful info.
    Thanks for the post. I will certainly comeback.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa