Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 25, 2016

Benarkah musuh mereka hanya syiah dan golongannya?

Isis dakwa penentang didalangi Syiah, ancam serang Malaysia
25 Januari 2016 | MALAYSIA DATELINE
Isis atau kini dikenali sebagai Daesh turut merekrut rakyat Malaysia sebagai ahli kumpulan itu

Usaha pihak berkuasa Malaysia memerangi kumpulan militan negara Islam Iraq dan Syria (Isis) dengan menangkap individu-individu yang disyakki sebagai anggota kumpulan tersebut kini mendapat reaksi mereka.

Wakil kumpulan pengganas itu dilapor Mstar Online menghantar mesej amaran kepada Malaysia melalui rakaman video.

Video dalam bahasa Melayu itu menyebut bahawa unit militan Isis Malaysia-Indonesia yang dipanggil 'Katibah Nusantara' mengancam untuk membalas dendam ekoran penangkapan beberapa ahlinya oleh pihak berkuasa Malaysia.

"Jika anda tangkap kami, kami akan terus meningkat bilangan anggota, tapi jika anda biarkan kami... kita akan lebih dekat dengan matlamat untuk membawa kembali kedaulatan khalifah,” rakaman video bertajuk 'Mesej awam kepada Malaysia' itu dipetik.

"Mereka yang menamakan kami sebagai Khawarij, Daesh dan juga sebagai agen Mossad sebenarnya Syiah dan sekutunya.

"Kami tidak akan tunduk kepada sistem demokrasi kerana kami hanya akan mengikut undang-undang Allah," ujar jurucakap Isis itu.

Mstar Online turut melaporkan reaksi Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin terhadap ancaman kumpulan militan itu.

Beliau menyifatkan ancaman dan cabaran Isis atau Daesh kepada kerajaan Malaysia sebagai mencerminkan pendirian kurang ajar kumpulan Katibah berkenaan.

"Ia juga membuktikan Isis, terutamanya golongan Katibah memandang negara kita sebagai sekular dan oleh itu menjadikan kerajaan dan rakyat sebagai sasaran.

"Tidak syak lagi ia sebagai langkah membalas dendam terhadap tindakan pasukan keselamatan kami kepada mereka," katanya.

Menurut Ayob Khan, bahagian antipengganas Bukit Aman akan lebih berhati-hati kerana serangan militan Daesh boleh berlaku pada bila-bila masa.

Beliau turut mengulas video kumpulan Daesh yang ditujukan kepada Somalia dengan jurucakapnya dipercayai berasal daripada Malaysia.

Ayob berkata walaupun klip video itu mempunyai sari kata dalam bahasa Arab, hakikatnya jurucakap Daesh yang dikenali sebagai Halid itu bercakap dalam bahasa Melayu.

"Ini satu perkembangan baharu yang menunjukkan lebih ramai penglibatan rakyat Malaysia dalam kumpulan pengganas," katanya.

Di samping menyemarakkan api kebencian mazhab di kawasan-kawasan yang dikuasainya, kumpulan Isis juga cenderung melabelkan kumpulan Islam yang tidak sealiran dengan mereka sebagai 'kafir' dan 'munafik'

4 comments:

  1. puak ni kita pun tak tau sapa dibelakang sebenarnya
    cia mossad tu baik sangatkah selama ni rekodnya
    awas jangan cepat terpedaya dengan pihak musuh islam
    samada dari puak kapir atau
    kalangan orang islam sendiri

    ReplyDelete
  2. Yahudi gendang amno ngan lembu dia menari..isis daesh adik beradik tiri amno...agen salah bendera.

    ReplyDelete
  3. tanya zahazan dia kan pandai---kan polis pun kata salafi jihadi--

    bodoh bila di kait dengan syiah---saudi sorri lansung tak boleh sentuh

    inilah dilema

    membenteras isis separuh masak---lawakkan

    ReplyDelete
  4. Dah rakyat malaysia nak tolak TPPA, Amerika pun guna ISIS lah utk takut2kan rakyat malaysia. Daesh ka, ISIS ka semuanya Syiah dan Wahabi, berlakon sj lebih.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa