Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, January 30, 2016

Dipercayaikah orang ini?

1MDB: Peguam Negara akan beri kerjasama kepada Switzerland 
Astro Awani |  Januari 30, 2016 17:00 MYT
1MDB: Peguam Negara akan beri kerjasama kepada Switzerland
Mohamed Apandi (gambar) menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan pihak Switzerland berhubung siasatan terhadap syarikat pelaburan negara 1MDB. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara hari ini menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan pihak Switzerland berhubung siasatan terhadap syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata demikian sebagai membalas kenyataan Ketua Pendakwaraya Switzerland yang secara rasmi meminta bantuan Malaysia dalam siasatan kemungkinan berlaku perlanggaran undang-undang negara itu oleh 1MDB, melibatkan wang berjumlah AS$4 bilion (RM16.8 bilion).

Bagaimanapun, Mohamed Apandi dalam satu kenyataan memberitahu akan melihat terlebih dahulu siasatan Switzerland bersama dengan hasil siasatan pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan sewajarnya.

Pada Selasa, Mohamed Apandi mengumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengembalikan semula sebahagian besar dana yang dikatakan 'RM2.6 bilion' yang diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Dengan itu, menurutnya, Najib tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung kes SRC International dan dana RM2.6 bilion, dan kesnya juga ditutup.

Tambahnya, wang sejumlah AS$620 juta (RM2.03 bilion) telah dikembalikan semula oleh Najib pada Ogos 2013 kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

"Ia merupakan sumbangan peribadi kepada PM daripada keluarga diraja Arab Saudi dan telah diberikan kepada beliau tanpa sebarang balasan," katanya pada satu sidang khas.
Sehubungan itu, beliau juga berkata tiada keperluan bagi Malaysia membuat permintaan bantuan bersama dalam perkara jenayah kepada negara asing untuk melengkapkan siasatan berhubung sumbangan dana itu.

9 comments:

  1. Org itu tukang dobi najib@dobby kadam najib

    ReplyDelete
  2. Org itu tukang dobi najib@dobby khadam najib

    ReplyDelete
  3. Itulah sebabnya kerjaya profesion ini kena kuat dalam ilmu agama jika kemantapan agama nipis macam kulit bawang beginilah jadinya profesioan ini bolehlah dkatakan sebelah kaki telah berada dalam neraka jika keadilan tidak ditegakan kalau hanya untuk menerima habuan dunia.

    ReplyDelete
  4. Apandi ni kerja nye hari2 melebong. Boleh percaya ker? Tk lama lagi jd pengarah TH. Nnti boleh kapok duit TH pulak. Ingat hanya penyamoon bole geng dgn lanoon. Olamak mana bole kawan dgn penyamoon kecuali olamak ussuk (jahat). Wallahuaklam

    ReplyDelete
  5. apa yang Allah kata pun ramai orang tak percaya inikan pulak manusia yang pun dikenali dari puak haprak
    makin lama makin banyak terselak

    ReplyDelete
  6. Kerja hakim & peguam ni susah. Sebelah kaki dah ada kat neraka....
    Tergelincir sikit terus masuk dalam neraka.

    ReplyDelete
  7. Udah le pendi. Bukan semua orang bodoh macam kamu.

    ReplyDelete
  8. Ada dua perkara yang aku nak bangkitkan di sini.

    1. Siapa tahu sebutan 'pandi' dalam bahasa tamil jika diterjemahkan ke bahasa melayu? Jika tidak tahu, sila bertanya kepada orang tamil, jangan tanya pada Wan Rosli.

    2. Jika sutera yang indah digunakan untuk membalut bangkai khinzir, sudah tentu sutera dan bangkai khinzir kedua-duanya itu perlu dibuang dan dilupuskan. Tetapi tidak tahulah jika Wan Rosli kepingin benar untuk mengambil untuk memiliki sutera tersebut.

    ReplyDelete
  9. Wan rosli dah lama hilang diculik atau dah mati. Lama dia tk komen apa2. Ataupun dah tak walak ke hadi awe? Wallahuaklam

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa