Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, January 23, 2016

Hudud dan PAS

HUDUD ISLAM OOOOO HUDUD PAS

Hukum hudud bukanlah baru lagi dalam jajaan Pas dalam arena politik Malaysia. Sejak daripada awal penubuhan Pas. Hudud dijadikan agenda utama Pas sekiranya Pas memerintah negara. Bagi pas ia adalah sesuatu yg mesti direalisasikan walau apa jua keadaan sekalipun.

Paluan gendang perang politik yang dimainkan untuk agenda tersebut telah berjaya menarik minat ramai pengundi muslim yang majoritinya berbangsa melayu untuk menyokong Pas. Namun, dengan realiti rakyat malaysia yang berbilang bangsa, sokongan itu masih tidak mampu untuk meletakkan Pas pada kedudukan yang membolehkannya merealisasikan agenda tersebut, melainkan dengan mendapat sokongan tambahan daripada pengundi-pengundi yang berbilang bangsa dan agama melalui pasukan pasukan parti parti politik lain yang berkaitan. Itulah realitinya yang harus diterima Pas, maka, pilihan yang ada adalah samada bekerjasama dan bergabung dengan angkatan parti parti pembangkang yang lain atau dengan pakatan parti memerintah, iaitu Barisan Nasional.

Justeru itu, berbekalkan pengalaman pahit dan manis yg pernah dilalui Pas selama dalam arena politik tanahair, Al Marhum Ustaz Fadzil Noor dan Al Marhum Tok Guru Nik Aziz telah merintis jalan yang terbaik dalam usaha untuk merealisasikan agenda tersebut bukan sahaja melalui pergabungan membentuk pakatan pembangkang sebagai alternatif kepada Barisan Nasional yang semakin outdated dan tidak relevan, malah menjalankan proses dakwah islam yg berhikmah sehingga akhirnya Pas telah diterima bukan saja oleh pengundi lawan dan kawan, malah oleh semua bangsa di malaysia dengan satu motto "PAS FOR ALL"  dan iainya telah menjadi satu fenomena yg menggerunkan bagi musuh tradisi Pas, iaitu UMNO dan Barisan Nasional. Bermula daripada PRU12 sehingga PRU13 kita telah menyaksikan satu pertembungan dua penjuru yang hebat di antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional, sehinggakan ramai berkeyakinan bahawa kita bakal menyaksikan tumbangnya Barisan Nasional dalam PRU14 yang akan datang.

Namun, dalam setiap peperangan, tiada pihak yang akan berdiri diam membatu untuk sekadar menjadi sasaran mudah, sebaliknya masing-masing akan berusaha dengan segala sumber yang ada untuk melemahkan musuh dengan apa jua cara taktikal dan teknikal yang ada.

Pasca PRU13, situasi mulai berubah, angin perpecahan dalam Pakatan Rakyat telah bermula, di tambah pula dengan kehilangan Tok Guru Nik Aziz ke Rahmatullah dan pemenjaraan DSAI telah memberikan ujian yang berat kepada harapan rakyat Malaysia yang sedar untuk melihat perubahan yang baik dalam politik tanahair.

Walaupun kita bisa menganggap semua ini adalah ujian Allah SWT kepada kita semua sebagai pejuang kebenaran melawan kezaliman, namun hakikat yang harus kita hadapi pada hari ini, PAS yang dipimpin oleh Mursyidul Am yang baru serta Presidennya yang sedia ada telah menjalankan proses pembersihan pemimpin teras yang lama kepada yang baru, serta secara mendadak (tapi seperti yang di jangka oleh kebanyakkan pihak yang sedar) telah mengubah haluan Partinya kearah permusuhan dengan pakatan dan harapan 52% rakyat (berdasarkan keputusan PRU13) . Hasil natijah yang fizikal dapat kita lihat ialah berlakunya Perpecahan PAS itu sendiri dan kehancuran Pakatan Rakyat sebagai simbolik kepada hancurnya harapan dan amanah yang rakyat, pembayar cukai dan pengundi berikan kepada mereka sewaktu pemilihan PRU13.
Secara sedar atau tidak, RUU355 telah berjaya dikenalpasti oleh UMNO/ BN sebagai satu senjata yang ampuh untuk meletakkan Pas dipersimpangan dilema, serta menghancurkan pakatan rakyat yang ternyata gagah sebelumnya menjadi lumpuh dan mati.

Rakyat ternganga dan tergamam. UMNO/BN tersenyum, lalu meneruskan agenda menghisap darah seperti biasa, Cuma pada kali ini dengan hati dan suasana yang aman setelah Pas secara sukarela telah bekerjasama dengan mereka demi Melayu dan Islam katanya. Tapi apa yang kita saksikan adalah terciptanya buffer zon untuk UMNO/BN dalam menyerap hentakan pihak lawan nya. UMNO/BN tersenyum dan mulai berkeyakinan untuk meneruskan agenda mereka sehingga PRU14.

Kecuaian ini, secara automatik telah telah mengubah irama gendang perang untuk melaksanakan Hukum Hudud dan Undang-Undang Islam kepada irama Hukum Hudud PAS sahaja. Ini kerana perjuangan untuk melaksanakan hukum hudud dalam undang-undang islam yang pada asalnya diperjuangkan dan digunakan PAS untuk membezakan dan menjarakkan parti mereka daripada parti nasionalisma  (kebangsaan) UMNO/BN, kini telah dipergunakan UMNO/BN untuk memecahkan Pas itu sediri, dan melumpuhkan hasrat dan harapan rakyat yang sedar untuk membawa Malaysia kearah lebih baik, berintegriti,, efisien dan amanah.

Rentetan daripada kejayaan perancangan musuh politik yang disebutkan diatas, serta tindakan pimpinan Pas itu sendiri bukan hanya memalapkan semula agenda hukum hududnya malah menyebabkan pada saat ini pas semakin gagal untuk memenangi hati masyarakat Malaysia khususnya daripada rakan politik....Dap dan Pkr yg terbaru parti Amanah.

Yang nyata hingga ke saat ini Pas masih lagi gagal memenangi hati masyarakat Malaysia khususnya daripada rakan politik....Dap dan Pkr yg terbaru parti Amanah.

Ada 2 Persoalan yang bermain di benak setiap pengundi khususnya muslim yang sedar sekarang -
Persoalannya bila Pas nk memerintah negara? Apakah pas akan berjaya melaksanakan bila memerintah kelak?; dan
Adakah benar Umno (dan sudah tentunya BN)  bekerjasama dengan Pas untuk melaksanakan hukum hudud dan undang-undang islam demi Melayu dan Islam, selepas 60 tahun mereka memegang tampuk sebagai the Ruling Party? Atau iainya merupakan formula untuk menghasilkan senjata ampuh UMNO/BN yang di kenali sebagai Hukum Hudud PAS (metaphor untuk the Little Boy dalam teater pasifik perang dunia kedua) untuk mereka menghadapi gelombang rakyat dalam PRU14, seterusnya menang dan memerintah untuk puluhan tahun lagi?

Secara realitinya sekarang apabila Kelantan yang di perintah oleh Pas masih tidak mampu melaksanakan hukum hudud. Jika benar Pas ikhlas dalam memperjuangkan syiar islam. Persoalannya knp tidak berani melaksanakan hukum hudud selepas mendapat sokongan padu daripada 100% ahli dewan negeri  baru-baru ini?
Tetapi lebih mengejutkan Pas sblm ini marahkan Umno kononnya halang hudud.

Oleh itu jangan terperanjat klu umat islam d negara ini meletakan lambang pas d tempat sujud sembahyang d masjid d surau dan mengatakan pas itu islam , islam itu pas serta menuduh kapir kepada umat islam yang tidak menyokong pas, melakukan pernikahan 2 kali dan bermacam2 lagi.

Disini jelaslah bahawa tuduhan Pas terhadap parti pakatan harapan untuk membuangkan islam itu adalah palsu dan putar belit belaka, sebaliknya cara dan tindakan Pas yang bertopengkan islam itulah yang akan melemah dan memporak perandakan islam, hanya orang yang melampau, dungu, mistik dan tidak faham politik saja yang menyokong Pas.

SALAM REFORMASI
SALAM PAKATAN HARAPAN
#BEBASKAN DSAI
#LAWANTETAPLAWAN

HITO NO SENSHI TO ONNA BUGEISHA
YOSHINOBIDA & PUTERI EMELYN
22/01/2016
  • Sent from my iPhone5

4 comments:

  1. Hj hadi yg bodoh..kena tipu..

    ReplyDelete
  2. I think hadi is genius. But now merely like idiot badut barua broker for umno. I'm very sad frustrated n shamefull. Because pas chai claim there are only one islamic party in msia. The others party are not islamic. But why all the muftis dont want to join pas? How can pas answer? Hahah

    ReplyDelete
  3. Dah ada masters in syariah kira ulamak le tu. Cuma mungkin lurus bendol. Jd mudahle kena tipu. Atau penasihat yg sokong bawa rebah. Atau pengarah strategik pas yg separuh masak. Mcm zuhdi tu. Tp aku syak dia ni umno. Sbb cakapnye selaras dgn umno. Wallahuaklam

    ReplyDelete
  4. Pas dah perentah kelate dah 26thn sejak 1990. Patutnya now dah laksana hudud. Bukan sembang kosong. Now dah malu kpd Brunai. Nilah pas chai byk auta. Ashik nk salahkan dap. Umno pun dah suka hudud. Haha. Mana lebai pas mau lari? Mohon ulamak pas chai yg baca ni tolong jawab. Tq so much.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa