Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 24, 2016

Ingat senang ke nak guling MB

Bukan mudah nak gulingkan MB
WARTAWAN SINAR HARIAN - 23 JANUARI 2016

SHAH ALAM – Bukan senang hendak menyingkirkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, sedangkan mereka yang mahu melakukannya belum dapat sokongan minimum pun.

Peguam, Mohd Khairul Azam Abd Aziz berkata demikian ketika mengulas isu Umno Kedah yang menolak kepimpinan Mukhriz.

Beliau menyatakan rasa hairan bagaimana keputusan penolakan itu boleh tercapai dalam 'sekelip mata' sedangkan negara ini mempunyai undang-undang yang cukup jelas yang perlu dipatuhi, terutama dalam isu besar seperti itu.

"Dari segi perundangan, Mukhriz masih sah sebagai Menteri Besar Kedah kerana mengikut Perkara 13 Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah, baginda Sultan Kedah hendaklah melantik seorang menteri besar yang terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang pada pendapat baginda akan memperoleh sokongan sebilangan besar ahli dewan.

“Sidang media tergempar yang diadakan kelmarin, tidak memperlihatkan jumlah sokongan yang mencukupi di mana ketua-ketua bahagian itu (yang tolak Mukhriz) masih gagal membuktikan bahawa mereka mempunyai sokongan minimum 19 daripada 36 kerusi Dun di Kedah,” ujarnya kepada Sinar Harian.

Beliau memberitahu, apa yang paling penting ialah Sultan Kedah perlu diberi keyakinan dan bukti bahawa Mukhriz telah kehilangan simple majority daripada sokongan ahli Dun.

“Bukan senang-senang mereka nak turunkan menteri besar. Bukan dengan menunjukkan rasa tidak sokong melalui sidang media begitu sahaja.

"Jika mahu lakukan juga, mereka seharusnya bertindak secara bijak dan mengikut segala proses undang-undang,” katanya.

1 comment:

  1. Zaman najib semua benda tk mustahil. Tengok mb nizar dulu. Bole terguling diluar dewan. Tiada usul dalam dun. Ada fulus semua boleh beli. Adun pun bole beli. Adun umno lg mudah nk beli. Tp fulus mau cukop maa. Baru bole jadi. Wait n see

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa