Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 31, 2016

Kesan RM2.6b dibersihkan oleh AG.......

Abu Kassim lebih rela letak jawatan
Alyaa Alhadjri - Hari ini, 6:09 petang
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed berikrar bahawa beliau lebih rela meletakkan jawatan daripada mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawainya yang hanya menjalankan kewajipan mereka di bawah undang-undang.

Abu Kassim berkata demikian dalam memo dalaman yang terbocor dan kini beredar di media sosial.

“Berdasarkan pengalaman saya lebih 30 tahun dalam bidang pencegahan rasuah, saya tahu yang pegawai-pegawai SPRM sentiasa menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan profesional.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya rela bersara daripada mengambil tindakan ke atas pegawai yang selama ini mempertahankan kebebasan SPRM dan menegakkan keadilan, serta hanya menjalankan tanggungjawab yang diberikan mengikut undang-undang negara,” katanya dalam memo yang telah tersebar di Facebook.

Memo itu dipercayai dikeluarkan ekoran serangan bloger terhadap pegawai SPRM selepas pengarah operasi khas suruhanjaya itu, Datuk Bahri Mohd Zin membuat kenyataan baru-baru ini.

Terdahulu Bahri berkata SPRM berkemungkinan besar akan membuat rayuan terhadap keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali (gambar) menutup dua kes berkaitan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Rohaizad Yaakob mengesahkan bahawa kenyataan Abu Kassim hanya bertujuan untuk edaran dalaman saja.

"Kenyataan itu bertujuan hanya untuk kakitangan SPRM. Jika telah bocor di Facebook, orang yang bocor ia perlu bertanya kepada diri sendiri di mana integriti mereka,” kata Rohaizad kepada Malaysiakini.

Khamis lalu, Abu Kassim berkata pegawai SPRM mesti mendukung standard etika yang tinggi dan bertanggungjawab terhadap sumpah jawatan mereka.

Abu Kassim turut mengulangi bahawa SPRM tidak mempertikaikan atau mencabar keputusan Peguam Negara untuk membersihkan perdana menteri dengan isu ‘derma’ RM2.6 bilion dan wang RM42 juta SRC International

3 comments:

  1. penegak kebenaran mesti ada unsur mencabar kalau sudah ada dalil yang kukoh walau dipermain oleh pihak atasan
    cakap biar serupa bikin
    jangan sesekali bersekongkol dengan puak dzolim
    pegang janji dalam solat inna solati wanusuki wamayahya wamamati
    lillahhirobbil'alamin.............
    nantikan dipersoal dihari bicara semua makhluk lagi besar adzabnya
    kata putus manusia bukan muktamad banyak muslihat
    pejuang kebenaran penakut pembodek penjahat lain wataknya

    ReplyDelete
  2. SPM ialah singkatan Sijil Pelajaran Malaysia dan juga Syarikat Permainan Malaysia sdn Berhad beroperasi di Juru, Seberang Perai (Pulau Pinang ) , mengilangkan " set papan permainan carrom ". SPRMpun boleh ditaraf semula sebagai syarikat permainkan rakyat malaysia kerana memermainkan rakyat dengan misteri Teoh Beng Hock dan juga Sarbani.

    ReplyDelete
  3. Sprm kalu dilafaz jadi sperm. Atau syarikat permain rakyat malaysia. Cuba yg terima derma rm juta tu pegawai awam dah tentu jail 30thn. Najib apa pun boley. Nasib malaysia. Haha

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa