Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 22, 2016

Mukhriz tetap pegang jawatan dan akan bertindak

Mukhriz bertindak terhadap pihak cuba aniaya rakyat
Mukhriz bertindak terhadap pihak cuba aniaya rakyat
Mukhriz mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak mempengaruhi beliau untuk bersama-sama dengan parti lain selain UMNO atau lompat parti. - Gambar Fail
JERLUN: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memberi amaran untuk bertindak terhadap mana-mana pihak yang dilihat cuba menganiayai dirinya dan rakyat Kedah.

Beliau berkata, apa yang akan dilakukan selama ini bukanlah atas sebab kepentingan peribadi tetapi selepas memikirkan kepentingan rakyat Kedah.

Katanya, beliau akan mengambil tindakan atas tindakan terburu-buru pihak berkenaan dan pada masa sama berikrar tidak akan melepaskan jawatan serta akan terus berkhidmat untuk kesejahteraan rakyat.

"Macam Pak Abu cakapkan kalau nak tukar pun tunggu dulu dan buat cara elok. Saya bukan susah sangat tetapi kalau aniaya saya terpaksa juga kita bertindak. Saya rasa seperti rakyat negeri Kedah teraniaya sedangkan tidak buat salah apa-apa," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama anggota UMNO Bahagian Jerlun di sini, hari ini. video di sini

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa