Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 5, 2016

Lantak kamulah labuu......biarkan rakyat menilai dalam PRU nanti

*Lepas ni janganlah belit dan u-turn lagi!
Takkan tak malu kat serban kot?

Pas tidak perlukan PPBM sebagai pembangkang
05 Disember 2016 | MALAYSIA DATELINE
Khairuddin Aman Razali

Pas tidak memerlukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk bekerjasama sebaliknya akan terus menerajui Gagasan Sejahtera sebagai satu lagi blok politik pembangkang, tegas Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.

Beliau berkata, dalam masa yang sama Pas boleh bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam isu-isu melibatkan kebajikan rakyat dan kepentingan umat Islam.

"Menerusi Gagasan Sejahtera, Pas membawa politik matang dan sejahtera yang mengkritik dasar-dasar kerajaan dan memberikan cadangan penyelesaian," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mahathir semalam bahawa parti itu tidak akan menunggu Pas lebih lama untuk bersama-sama dalam Pakatan Harapan bagi menewaskan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata, tarikh akhir akan diberikan kepada Pas untuk membua keputusan sama ada mahu bersama Pakatan Harapan atau tidak.

Mengulas lanjut, Khairuddin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus menasihati Mahatihir agar terus bersama Pakatan Harapan dan belajar menjadi pembangkang yang tegar.

"Dr Mahathir baru sahaja belajar menjadi pembangkang. Beliau boleh belajar menjadi pembangkang tegar seperti Pakatan Harapan yang membangkang apa sahaja dan bermain politik kepartian sepanjang masa," katanya

1 comment:

  1. meluatnya dengan perkataan politik matang sejahtera..bangkang tp kerjasama.....itu lebih pada bersama sama la..tang mana yg di katakan bangkang kalau dh mengikut telunjuk?
    kalau nk bergabung pun...cakap terus terang...tak payah selindung selindung pun..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa