Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 5, 2016

TITM Nak cover Hadi di mata ahli atau memang dah tak sehaluan?

Terima kasih Tok Guru, ucap Najib kepada Abdul Hadi
04 Disember 2016 | ARIF ATAN
Najib dan Abdul Hadi berbual mesra dalam Perhimpunan Solidariti Untuk Rohingya hari ini

Perhimpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya hari ini terus menyaksikan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak secara terbuka menyatakan penghargaan kepada Pas.

Perdana Menteri itu menganggap kehadiran pemimpin Umno dan Pas dalam himpunan di Stadium Titiwangsa itu adalah sebahagian daripada maqasid syariah.

"Ini sebahagian maqasid syariah. Ini wajib diperjuangkan. Itu sebab ada Umno dan Pas. Terima kasih Tok Guru (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang). Ini bukan politik,” katanya yang sebelum itu lantang memulakan ucapannya dengan bertakbir sebanyak tiga kali.

Najib juga menyifatkan himpunan melibatkan kerjasama 21 badan bukan kerajaan (NGO) termasuk gerakan pro-Umno dan Pas itu amat bermakna kerana berlangsung atas tiga nilai penting.

“Saya anggap perhimpunan ini bukan saja bersejarah kerana kita berhimpun atas nama Islam, ummah dan kemanusiaan. Tiada perhimpunan lebih mulia atas nama Islam, ummah dan kemanusiaan," ulangnya sambil hadirin memberi tepukan gemuruh setiap kali Najib menyebut ketiga-tiga nilai tersebut.

Diikuti lagi kemudiannya dengan laungan ‘Allahuakbar’ Najib melanjutkan ucapan yang dilihat lebih lama dan bersemangat berbanding Abdul Hadi sebelum itu dengan kutukan terhadap kerajaan Myanmar.

“Kita mahu beri isyarat kepada kerajaan Myanmar. Kita mahu beritahu Aung San Suu Kyi (pemimpin Myanmar), ‘enough is enough’, ‘enough is enough’.

“Apa makna pemenang Anugerah Nobel. Kita menghadapi tragedi Rohingya dekat di hati. Kita minta badan lain bertindak. Kita minta OIC bertindak. Jangan sekadar melihat.

“PBB juga tak boleh sekadar melihat. Ini masalah dunia. Kita akan terus bertindak ikut apa saluran yang ada,” tegas Najib disambut dengan ketawa daripada segelintir hadirin.

Menurutnya, beliau tidak mempedulikan ugutan terhadapnya kerana bukan mahu campur tangan urusan kerajaan itu tetapi mengecam keganasan terhadap etnik Rohingya.

“Dia (kerajaan Myanmar) gertak saya. Dia beri amaran kepada saya. Saya tak peduli. Saya hadir atas nama ummah dan rakyat Malaysia seluruhnya. Allahukbar!

“Bukan kita nak campur tangan. Tidak. Kita mahu tegaskan Asean mempertahankan hak asasi manusia.

“Dia baca satu saja - 'kita tak campur tangan'. Dia tak baca yang lain bahawa Asean juga pertahankan hak asasi manusia. Mereka ini buta ke? Janganlah tafsir sesuka hati,” bidas Najib.

‘Nak saya bisu?’

Berucap di depan hadirin yang majoritinya adalah pemimpin dan ahli Umno serta Pas selain pelajar tahfiz belasan tahun itu, Najib mengangap beliau tidak ‘buta’ terhadap apa yang berlaku di Myanmar.

“Tahun lepas kita isytihar Asean sebagai satu komuniti. Bila berlaku kezaliman, orang dibunuh, dibakar hidup-hidup, dipukul, diusir tak boleh bekerja, apakah ini bukan penentangan hak asasi manusia?

“Apa nak mereka (kerajaan Myanmar) saya buat? Nak minta saya tutup mata? Nak saya bisu? Tapi saya tak akan tutup mata dan bisu. Sebab Rohingya ini mesti kita bela.

“Mereka juga adalah manusia. Kita mesti berjuang habis-habisan. Allahuakbar,” pekiknya lagi serentak dilihat spontan disambut gelak ketawa oleh sebahagian hadirin mungkin kerana intonasi suara Najib yang didengari agak lucu.

Dalam ucapannya selama 15 minit itu, Najib yang juga Menteri Kewangan itu mengakui stadium di taman rekreasi bekas lombong itu berkapasiti kecil untuk menampung lebih ramai peserta.

“Stadium ini kecil. Saya kalau boleh lagi mahu besar. Mahu rakyat berhimpun seramai mungkin secara aman.

“Kita bertindak ikut saluran kita nak beritahu atas tragedi Rohingnya ini mencengkam kalbu kita. Isu tragedi Rohingnya ini Islam dihina, kesabaran dicabar. Soal hak asasi manusia dirobek.

“Kekejaman kita perangi habis-habisan!” tambahnya lagi mengakhiri ucapannya pada 10.57 pagi dengan meminta hadirin supaya berdiri dan melaung Allahuakbar sebanyak tiga kali.

Terdahulu, Abdul Hadi berucap hanya kira-kira 10 minit tetapi diperhatikan tidak banyak didengari majoriti hadirin ekoran berbual bahkan berswafoto dengan artis veteran yang juga Pengerusi Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M), Datuk DJ Dave.
Ustaz Hadi menyeru masyarakat menunjukkan kebersamaan dalam isu Rohingya

“Apa yang berlaku terhadap Rohingnya tidak berasaskan masyarakat madani dan mewajibkan campur tangan. Inilah cara kita berhimpun. Inilah tanda kebersamaan kita terhadap masyarakat yang dizalimi. Marilah kita bersatu dan bekerjasama,” ujar Abdul Hadi.

Acara berikutnya iaitu penyerahan memorandum bantahan kepada Myanmar di pentas bersebelahan Stadium Titiwangsa disaksikan oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) juga Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM, Dr Yusri Mohamad.
Penyerahan memorandum bantahan kepada Myanmar di pentas bersebelahan Stadium Titiwangsa disaksikan oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) juga Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM, Dr Yusri Mohamad

Najib kemudiannya dilihat turun dari pentas terbuka tersebut diikuti Abdul Hadi di belakang dan masing-masing meninggalkan Tasik Titiwangsa pada pukul 11.15 pagi sambil disaksikan antara lain kumpulan baju merah dengan kehadiran ketua mereka, Datuk Jamal Md Yunos yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar.

Ini pula apa yang Tuan Ibrahim kata:
Pas tetap saingan terbesar Umno
04 Disember 2016 | MALAYSIA DATELINE
Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, adalah mustahil bagi parti itu mengadakan kerjasama politik dengan Umno kerana ia pada asasnya melibatkan rundigan kerusi.

Menyifatkan kerjasama politik antara kedua-dua parti itu sebagai fitnah yang dicanang pihak tertentu, Tuan Ibrahim berkata Pas tidak mungkin melepaskan kerusi yang dimenangi kepada Umno.

"Umno tidak mungkin dapat mengizinkan sebilangan besar kerusi-kerusi yang dimenangi mereka untuk dilepaskan ke tangan Pas begitu sahaja, dan sudah pastinya Pas juga tidak akan melepaskan kerusi-kerusi menangnya yang jumlahnya jauh lebih kecil berbanding apa yang Umno ada," katanya dalam sau kenyataan hari ini.

Menurut Tuan Ibrahim, dari sudut politik, sejarah membuktikan Pas adalah saingan utama kepada Umno, terutamanya dalam isu berkaitan dengan Islam dan kebajikan rakyat walaupun Pas tidak pernah memegang kuasa kerajaan pusat.

"Contohnya, Pas di Kelantan mendahului pelbagai perubahan seperti sistem kerja lima hari, cuti bersalin 60 hari, pemberian khairat kematian dan kebajikan lain yang akhirnya terpaksa ditiru oleh kerajaan Umno," katanya.

Beliau juga berkata, hari ini Pas juga mengemudi Rang Undang-undang (RUU) 355 dan bantahan terhadap penindasan Rohingya yang akhirnya membawa Umno menyatakan sokongan terhadap RUU 355 dan pembelaan terhadap Myanmar.

Menurutnya, ini adalah kali ketiga Pas berhimpun untuk Rohingya.

"Jika PAS bukan saingan, masakan Umno akan mengikuti rentak Pas?" soalnya.

Pagi tadi, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang duduk sepentas dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan membela Rohingya.
Ustaz Hadi dan Najib di Perhimpunan Solidariti Untuk Rohingya

Tindakan Pas itu menimbulkan pelbagai kritikan yang kebanyakannya mennggap kedua-dua parti itu sedang berbaik-baik ke arah kerjasama politik.

Sehubungan itu Tuan Ibrahim menegaskan, Pas adalah parti pembangkang yang matang dan efektif serta mampu membezakan isu yang perlu bekerjasama dengan kerajaan, mendesak kerajaan dan membantah pihak kerajaan.

"Ia tidak menjadi pembangkang yang membangkang secara totok apa yang kerajaan lakukan seperti parti-parti pembangkang yang lain.

"PAS akan terus menjadi perintis kepada pendekatan matang dan sejahtera sebagai budaya baru di dalam sistem demokrasi negara. 

"PAS tetap adalah saingan terbesar kepada Umno di arena politik bagi menggantikan sistem negara dengan Islam," katanya.

1 comment:

  1. Selepas kelihatan begitu mesra diatas pentas aku tak boleh bayang bgmn kedua ketua ini akan bermusuhan dlm PRU akan dtg. TITM boleh cakap apa dia suka. Satu lagi, segala idea dan pembaharuan yg dilaksanakan di kelantan adalah milik ATGNA. Pas yg diterajui oleh hj hadi tak akan mampu melakukannya

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa