Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 23, 2017

Dan sudahnya apa jadi?

LAGI DS SHAFIE DITUDUH
(siasat telus salah penjara)

BILA KES duit berjuta2 di rumah dan pejabat, serta geran tanah emas serta segala macam terus mereka gembira dan si CAPTAIN tuduh DS Shafie Afdal makan suap dan menipu dan dikatakan kaya raya terlibat banyak skandal.

Lalu DSP Lajim tanya di DUN dan Musa jawab dengan gagahnya bahawa kerajaan negeri tidak tahu menahu dan sebelum itu Pairin juga menjelaskan sama.

Mereka mahu kenakan DS Shafie Afdal dan saya yang tahu peraturan TRESURY INSTRUCTIONS dan peraturan kewangan negeri dan persekutuan terus menjawab itu tuduhan AUTA dan usaha menipu rakyat.

Dan sudahnya apa jadi?

SPRM katakan tiada VIP terlibat dan apakah rakyat percaya? dan kita tahu kewangan itu disalur ke Negeri, maka ikut aturan TI kerajaan negeri yang kawal secara ikut aturannya dan KKLW tidak lagi tahu menahu.

Kewangan yang disalurkan kepada kerajaan negeri dikawal oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri dan yang boleh kasih projek NEGO hanyalah yang berkuasa ialah Musa Aman sendiri sebagai menteri Kewangan Negeri Sabah.

Jika projek itu bawah kerajaan persekutuan, maka yang berkuasa kasih projek secara NEGO ialah Menteri Kewangan Malaysia iaitu Najib Razak dan semua menteri di Malaysia tiada kuasa meluluskan projek NEGO. Ini hukumnya TI sejak sekian lama.

Tuduhan yang DS Shafie meluluskan projek adalah AUTA dan tidak benar dan lagi seorang menteri bukan kaki perkhidmatan Awam dan semua peruntukan dikawal oleh ketua Jabatan/Setiausaha Tetap dan secara tak langsung Setiausaha Tetap Kementerian kewangan yang berkuasa.

Semua projek tender dipengerusikan oleh Setisausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah dan di peringkat persekutuan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Malaysia atau diwakilkan kepada orang bawahan KSU/SUT.

Kesan Air di Pulau Gaya disebut disalurkan kepada JAS/kerajaan Negeri, maka kerajaan negerilah yang bertanggungjawab dan mereka yang susah di Pulau Gaya kena faham ini dan yang usaha memburukkan kepimpinan WARISAN jangan pula mengatakan konon DS Shafie terlibat.

Jika benar terlibat, bagaimana boleh terlibat sedang kuasa tidak ada padanya kesan bukan DS Shafie bukan kakitangan perkhidmatan awam dan jika terlibat dan ternyata kaya raya, saya setuju diheret ke mahkamah dan dibicarakan kalau salah TANGKAP saja sebab kita tidak mahu sesiapa saja terlibat mencuri dana rakyat tak kira siapa hukum tetap hukum dan undang2 tetap undang2 tanpa pilih siapa.

Kes ini saya yakin yang dalam negeri terlibat jika benar dan jika yang dalam negeri terlibat maka siap ada saja jalan untuk menutupnya sama seperti kes jabatan air yang berjuta di rumah itu.

Kita sudah tahu membaca apa sudahnya nanti dan tuduhan itu sengaja agar yang di pulau gaya terus salahkan presiden WARISAN dan kata DSSA seorang kaki rasuah.

Kesihan tuduhan tak masuk akal.

ISMAILY BUNGSU
pengarah komunikasi DSSA
21/1/2017
10:40PM

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa