Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 26, 2017

Kelantan bazirkan RM300ribu wang YATK untuk tugu?

Tugu banjir: Kelantan bazirkan RM300ribu wang Yayasan Amanah Tok Kenali
 | ZIKRI ABDULLAH
Datuk Husam Musa Datuk Husam MusaKerajaan negeri Kelantan melalui Yayasan Amanah Tok Kenali (YATK) telah membazirkan wang berjumlah RM300ribu  kerana kecuaian membina atas tanah milik persendirian dalam membina Tugu Banjir di Kuala Krai setahun lalu.
Penasihat Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan Datuk Husam Musa yang mendedahkan perkara itu berkata, beliau terkejut dengan berita ini kerana sepanjang beliau bersama dalam majlis mesyuarat kerajaan negeri perkara seumpama ini tidak pernah berlaku.
"Setiap projek kerajaan yang dibawa ke mesyuarat exco; perkara pertama yang dibincangkan status tanah.
"Jika tanah berkenaan bukan milik kerajaan, pertimbangan pertama ialah berkenaan jumlah pampasan yang diperlukan," katanya di majlis dialog di pejabat Ahli Parlime Kuala Krai malam tadi.
Dalam pembinaan kes tugu banjir ini, amat memeranjatkan apabila selepas setahun didapati tuan tanah telah meminta perjelasan.
"Kononnya, untuk mengelakk dari menjawab soalan berkaitan penggunaan dana kerajaan maka Yayasan Amanah Tok Kenali digunakan untuk membuat bayaran ini," katanya.
Menurutnya, terdapat dua persoalan yang timbul dari tindakan ini.
"Pertama, mengapa wang dari YATK digunakan sedangkan arwah Tok guru dengan jelas mahu penubuhan yayasan ini ditumpuhkan sepenuhnya untuk pendidikan dan pembinaan insan.
"Ini penyelewangan besar yang harus tidak dimaafkan oleh rakyat Kelantan," katanya.
Tugu Banjir yang dibina di  Kuala Kerai, KelantanTugu Banjir yang dibina di Kuala Kerai, KelantanPerkara kedua yang semua pihak maklum katanya, ialah bantuan kepada mangsa banjir 2014 yang sehingga kini tidak selesai.
"RM300 ribu bukan nilai yang kecil, kalau kita bina rumah mangsa banjir hampir sepuluh buah rumah boleh disiapkan," katanya.
Beliau turut membangkitkan tindakan kerajaan menaikkan pelbagai cukai terutama berkaitan pentadbiran tanah.
"Baru-baru ini mereka menafikan menaikkan harga pasir, sedangkan semua orang yang pembeli membeli pasir dengan harga tinggi hingga dikatakan bertambah sekali ganda," katanya.
Menurutnya, sekarang orang ramai mengadu semua caj berkaitan urusan pejabat tanah dinaikkan.
"Urusan membeli cabutan (mendapat salinan geran tanah) dinaikkan daripada RM30 kepada RM80.
"Lain-lain bayaran juga dikatakan mengalami kenaikkan serupa," katanya.
Sebelum ini, Husam membangkitkan kenaikkan bayaran pecah lot dan tukar syarat tanah.
"Sekarang caj ini diberi peluang untuk merayu melalui wakil-wakil rakyat.
"Tindakan seperti ini membawa diskriminasi besar kerana dikalangan rakyat ada yang rapat dengan wakil rakyat dan ada yang tidak.
"Bagi mereka yang tidak ada akses dengan wakil rakyat, ini satu penindasan dan penganiayaan," katanya.
Kalau rakyat ingin perkara ini selesai, pilihlah Amanah, kalau kita jadi kerajaan semua balik kepada harga asal, tak perlu rayu-rayu, katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa