Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 10, 2017

Orang tua ego, otak dah tepu memang susah nak insaf tambahan didedakkan pula

'Saya tak nampak dia insaf dengan tuduhan itu'
NOOR AZURA SAHRIL & NURUL KHALEEDA RASHIKIN
10 JANUARI 2017
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir Mukhriz. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan menyaman bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berhubung dakwaan pemilihan beliau sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang PRU14.

Mukhriz berkata, tindakan itu sebagai pengajaran supaya tiada pihak membuat pelbagai andaian yang tidak sepatutnya terhadap usaha Bersatu bagi menyelamatkan Malaysia.

“Hari ini (semalam) saya akan bincang dengan peguam mengenai perkara ini. Saya tidak nampak dia insaf dengan tuduhan liarnya itu,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabat Bersatu, semalam.

Sebelum ini, Mukhriz mencabar Tunku Abdul Aziz menampilkan bukti dan sumber yang diperolehnya berhubung dakwaan itu.

Tunku Abdul Aziz mendakwa Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah sepakat secara sulit  memilih Mukhriz sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang pada PRU akan datang.

Mukhriz berkata, perkara sama telah dibangkitkan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad dan tindakan saman ke atasnya telah pun dilakukan.  

“Apa yang Tunku Abdul Aziz nyatakan itu lebih kurang seperti itu. Saya sangat yakin saya dipihak yang benar. Kalau tidak saya tidak berani ambil tindakan undang-undang.

“(Tindakan) ini (diambil) supaya tiada pihak berani membuat andaian bukan-bukan dengan mengaitkan (pemimpin Bersatu) dengan kepentingan peribadi sedangkan apa yang kami lakukan adalah untuk menyelamatkan negara,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa