Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 18, 2017

Berlagak umpama Sang Dewata!

FRIDAY, MARCH 17, 2017

Pas beri gambaran Islam yang menakutkan
Mohd Khairuddin Othman Setiausaha PAS Selangor.

Tak pasal-pasal Sang Dewa Paya Jaras naik hangin bila Anggota Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen, membantah tindakan kerajaan menghantar guru Pendidikan Islam dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak.

Sang Dewa itu berkata kenyataan dibuat Chong semasa berbahas di Dewan Rakyat semalam jelas menunjukkan pendirian DAP dan sekutunya yang antiguru Islam di negara ini.

Katanya, tindakan itu mengganggu keharmonian antara kaum di negeri berkenaan.

Kata Sang Dewa, PAS Selangor meminta DAP tidak bermain isu agama dan perkauman kerana ia boleh mengundang suasana yang tidak elok.

Amboi bukan main murni dan sucinya Sang Dewa berperi. Apakah dia lupa betapa astaziah partinya sendiri mengganggu keharmonian antara kaum malah sesama Islam sendiri.

Pas siang malam kerjanya menyerang DAP walaupun pada realitinya, Pas bukan berdepan dengan DAP secara anak jantan dalam mana-mana konstituen PRU. Pas menyalak kerana mengharapkan dedak dari tuannya Umno BN.

Astaziah Pas menggunakan bahasa kesat yang tidak sepatutnya diucapkan terutamanya ketika dalam majlis yang diadakan dalam masjid.

Pernah berlaku seorang Ketua Penerangan PAS Tambun dilaporkan telah merujuk ahli Pas yang berhijrah ke Amanah Negara sebagai 'Haram jadah' ketika dalam satu forum di Masjid Lama Taiping.

Ada YDP Pas yang mengancam Presiden PKR, WAWI untuk ditanam di jirat Cina jika beliau tidak menyokong pindaan RUU355. Ini sekadar menamakan satu, dua kes betapa tindak tanduk Pas mengundang perpecahan dan permusuhan sesama Islam.

Gara-gara sikap melampau astaziah dari kalangan Pas yang sebegini rupa telah memberikan gambaran yang menakutkan apatah lagi kepada mereka yang bukan Islam  seperti mana yang digambarkan melalui ucapan Chong Chieng Jen.

PAS menganggap hanya mereka saja yang dikatakan "jemaah Islam" dan yang berauthoriti dalam memberi kuliah agama hingga tergamak menyekat ustaz-ustaz yang bukan dari kelompoknya dari memberi kuliah agama di masjid dan surau-surau yang mereka kuasai.

Siap dengan senarai yang disebar melalui kiriman WhatsApp memaklumkan, “Semua Cawangan (Pas) dimohon memastikan masjid dan surau di kariah tuan-tuan tidak menjemput ustaz-ustaz di atas.” Boleh baca seterusnya di sini

Ustaz Ahmad Awang yang pernah mencabar kerusi presiden Pas suatu ketika dulu telah tidak dibenarkan meneruskan kuliahnya di sepuluh masjid di Selangor walaupun telah lama mencurahkan baktinya di tempat-tempat tersebut. Ini termasuk, sebuah masjid berdekatan rumah beliau. 

PAS dah lebih teruk daripada UMNO; belum lagi berkuasa di Putrajaya sudah berlagak umpama Sang Dewata!

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 8:00 pm 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa