Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 30, 2017

Kih...kih....kih nak kata apa lagi?

PAS dakwa Umno flip flop, Najib tertekan
Kow Gah Chie    Hari ini, 3:39 petang
Pemimpin PAS memberi reaksi berbelah bahagi mengenai keputusan Majlis Tertinggi BN bahawa kerajaan tidak akan mengambil alih pembentangan usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di parlimen.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata beliau tidak melihat ini sebagai satu pengkhianatan oleh Umno, manakala Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad menyelar Umno kerana bersikap "flip-flop".

Bagi pesuruhjaya PAS Selangor itu, usul berkenaan tetap akan dibentangkan oleh presiden parti itu,

Datuk Abdul Hadi Awang kerana asalnya iadalah sebuah rang undang-undang persendirian.

“PAS ada tanggungjawab sebagai parti Islam. Kami perlu teruskan.

“Keputusan juga menunjukkan kempimpinan Umno di dalam BN telah tercabar. Sikap flip flop Umno jelas kelihatan,” katanya dalam satu pesanan teks ringkas.

Bagi Takiyuddin pula, beliau percaya wakil rakyat Umno akan bersama PAS dalam menyokong pindaan akta itu.

"Kita percaya bahawa ahli parlimen Islam, terutama dari Umno, akan bersama," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Bukan diperkudakan

Takiyuddin juga menafikan bahawa PAS telah "diperkudakan” oleh Umno, yang menghulurkan salam perdamaian bagi kerjasama politik.


"(Ini kerana) kita sedar dari awal bahawa kita adalah orang yang membawa rang undang-undang persendirian ini. Jadi, bukan isu sama ada Umno tidak menyokong kita," katanya.

Takiyuddin bagaimanapun percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat keputusan sedemikian kerana tekanan dari parti-parti komponen BN.

"Tetapi, sebagai seorang Islam, saya fikir dia bertanggungjawab untuk memastikan perkara ini (Akta 355) dapat diluluskan," katanya, sambil menambah bahawa PAS akan terus memujuk wakil rakyat Islam mahupun bukan Islam untuk menyokong pindaan itu.

Selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN semalam, Najib mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan membentangkan rang undang-undang untuk meminda Akta 355.

Sementara itu Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz juga percaya tindakan itu tidak akan menjejaskan usaha parti itu dan yakin speaker Dewan Rakyat akan membenarkan rang undang-undang persendirian itu dibentang dan dibahaskan.

“Kita dua kali speaker benarkan. Kali ini sambungan dari yang lepas, maksudnya akan dibahas.

“Insya-Allah, sekarang bergantung kepada speaker. Speaker dah bagi laluan yang positif,” katanya
yang ditemui Malaysiakini di parlimen hari ini.

Seperti Takiyuddin, Nik Abduh tidak menganggap tindakan itu sebagai satu pengkhianatan dan berkata beliau memahami kedudukan Najib.

“Saya cuma anggap ini kegagalan Umno meyakinkan komponen BN. Ini kerana dalam BN perlu konsensus maka PM terpaksa. Sedikit pun tidak jejaskan usaha kita.

“Rakyat sudah faham. Kita dah yakinkan dua tiga tahun. Kalau ahli parlimen sendiri tak faham saya rasa itu lebih teruk dari rakyat,” katanya.

* Bukan diperkudakan tetapi jadi kuda kerana sendiri lembam!
flip flop - apa kurangnya Tuang Presideng?

3 comments:

  1. Alahai PAS , dah basah kena kencing, dah kena kentut kat lubang idung pun masih tak sedar lagi ka... atau pun buat buat tak sedar ahaha nak sedap kan hati sendiri ahaha. Teruskan kan laa Lebai2 Pas oi.
    Najib cucuk idung Hadi.. lepas tu tarikkkk.... Hadi pun ikut, kat belakang hadi walaunta2 PAS pun takbir .. ikut Hadi ulamak pewaris nabi, wakakaka !

    ReplyDelete
  2. RM90 JUTA dH dlm Kantong Serban.berat tu.jadi berat lah Mulut tu nak maki Hamun Umngok.Redho jer ler.Ahli ahli Bawahan melopong.Ular-Mak jugak yang Kenyang

    ReplyDelete
  3. Dah sifat parti tolol, macam tu lah

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa