Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 24, 2017

Tak sedar jadi Badot atau badotkan diri?

Kenyataan Media YB Hajah Haniza Talha 24 Mac 2017

Wan Hasrina jangan jadi budak suruhan

Wanita Keadilan amat kesal dengan kenyataan Ketua Muslimat PAS Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan. Kami melihat kenyataannya satu gambaran yang salah tentang hubungan kerjasama antara PAS dan Pakatan Harapan di Selangor.

Sebagai seorang Ahli Majlis MPAJ yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor, adalah menjadi tanggungjawab baginya mempertahankan hubungan kerjasama antara parti-parti yang selama ini bekerja keras membangunkan Selangor. Sebaliknya, Wan Hasrina menyerang dan mengutuk Kerajaan Selangor dan Dato' Menteri Besar dengan kenyataan yang tidak berasas. Kami beranggapan, kritikan beliau tidak menggambarkan semangat persefahaman yang dinikmati oleh PAS bersama Pakatan Harapan.

Fakta juga menunjukkan PAS hanya mampu menembusi Selangor selepas bekerjasama dengan Pakatan. Jika tidak kerana gabungn tersebut, PAS mungkin tidak menang apa-apa kerusi di Selangor.

YAB Dato' Seri Azmin Ali telah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor oleh DYMM Sultan Selangor atas cadangan dan persetujuan rakan-rakan dalam Pakatan dan bukan kerana PAS. Dua puluh lapan daripada 44 Ahli Dewan Negeri daripada Pakatan Harapan telah menyokong dan tiada satu pun daripada PAS. Namun demikian, beberapa ADUN daripada PAS masih diberi jawatan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri atas sifat berlapang dada YAB Dato' Seri Azmin Ali.

Wanita Keadilan mendesak Wan Hasrina menarik kembali kenyataannya serta-merta. Guna saluran yang betul jika ingin luahkan rasa tidak puashati daripada menjadi budak suruhan Nik Abduh, yang dilihat sangat mesra dengan Umno.

YB Hajah Haniza Talha 
Ketua Wanita Keadilan Selangor
ADUN Taman Medan

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa