Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 8, 2017

Mengapa DAP Dijadikan Sasaran Permusuhan?

FAHAMI BAIK-BAIK SUDAH² LAH KENE TIPU DGN bn NYA KITA² NI

Mengapa DAP Dijadikan Sasaran Permusuhan?-

Sejak tewasnya BN dalam memenangi 2/3 kerusi Parlimen di Dewan Rakyat, berlaku kekecohan khususnya di kalangan Bani Melayu bahawa kononnya Ahli Parlimen Malaysia kini ramai yang Bukan Melayu. Untuk lebih menakutkan, kononnya DAP sudah mula menguasai segalanya!

 Aduhai sayang aduhai...

Adakah kita mengalami kerosakan minda yang semakin parah? DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majoriti dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan.

Jika DAP kalah sekalipun Melayu tidak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan GERAKAN. Malahan, *kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah kerusi dalam Parlimen dan DUN.*

*YB Melayu Akan Bertambah bila PH / PR Menang*

Saya bagi FAKTA berikut :

*(7 Kerusi Parlimen PR)*

1. Rafizi (PKR) menang vs Gary Lim (BN) - PANDAN

2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang vs S. Murugesan (BN) - KOTA RAJA

3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang vs Tan Kok Eng (BN) - BDR TUN RAZAK

4. Imran Hamid (PKR) menang vs Kong Cho Ha (BN) - LUMUT

5. Dato Arif (DAP) menang vs Hoh Khai Mun (BN) - RAUB

6. Kamarul Bahrin (PKR) menang vs V.S Mogan (BN) TLK KEMANG

7. Khairil K. Johari menang vs Teh Leong Meng (BN) BKT BENDERA

KESIMPULANNYA?

Menang Pakatan Rakyat, bermakna 7 Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan 7 Ahli Parlimen Melayu.

SETERUSNYA, berikut pula adalah sedikit FAKTA berkaitan *8 Kerusi DUN* :

1. Azman Nasarudin (PKR) menang vs S. Ananthan (BN) – LUNAS, Kedah

2. Dato Anuar Abdullah (PAS) menang vs Tan Ken Ten (BN) – KOTA LAMA, Kelantan

3. Azan Ismail (PKR) menang vs Dato Toh Chin (BN) – BANDAR, Terengganu

4. Tengku Zulpuri (DAP) menang vs Dato Chuah Boon (BN) – MENTAKAB, Pahang

5. Mohd Rashid (PKR) menang vs Wong Mun (BN) - PANTAI JERJAK, Penang

6. Dr Idris (PKR) menang vs K. Parthiban (BN) – IJOK, Selangor

7. Aminul Huda (PAS) menang vs Teo Yew (BN)- PARIT YANI, Johor

8. Abdullah Husin (PAS) menang vs M. Sorianarayan (BN) – PUTERI WANGSA, Johor.

Orang bertanya kepada saya bagaimana pula seorang Melayu, DS GHANI OTHMAN boleh kalah kepada Sdr LIM KIT SIANG?

Saya katakan Ghani Othman cari penyakit. Dia bertanding di kawasan pengundi (Cina 52%) (Melayu 34%), manakala selebihnya India. Parlimen ini juga dulunya adalah milik MCA.

Kalau Umno masih terus membangkitkan isu Melayu dan Bukan Melayu seperti ini, Saya mahu bertanya bagaimana pula Kawasan Majoriti Pengundi Melayu, tetapi menyaksikan Calon BN yang Bukan Melayu boleh menang?! Melayu Umno itu undi siapa?

Mahu lihat FAKTAnya, mari saya senaraikan :

1. PARLIMEN Simpang Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah vs Liang Teck Meng (BN)

2. PARLIMEN Tanjung Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah vs Wee Jack (BN)

3. PARLIMEN Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah vs Tsen Tsau (BN)

4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah vs. Dr Leong (BN)

5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)

6. DUN Gambir (M- 56%) Dato Mahfoz Mohd (PAS) kalah vs M. Aso (BN)

7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah vs Dr Mah Hang(BN)

8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah vs Lau Chin (BN)

9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah vs R. Vidyanathan (BN)

10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah vs Dato Tee Seiw (BN)

11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah vs Yong Oui (BN)

12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah vs Kennedy John (BN)

13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah vs. Pang Yuk Ming (BN).

TUNGGU!

Mengapa DAP dimusuhi Umno BN dan kemudian mengheret semua pihak termasuk rakan-rakan DAP dalam PR (dulunya) untuk memusuhi DAP?

JAWAPAN saya mudah.
Ia kerana musuh dan ancaman sebenar BN adalah 1)DAP dan kemudian diikuti oleh 2)PKR. Khususnya bagi kerusi-kerusi yang lawan mereka adalah MIC, MCA dan GERAKAN.

MENGAPA?

Ia kerana survival BN terancam akibat kedua-dua parti ini khususnya DAP. Dua kali PRU yang terkini bagi negara ini iaitu PRU12 (2008) dan PRU13 (2013) menyaksikan parti-parti komponen BN iaitu MIC, MCA dan GERAKAN mengalami kekalahan yang sangat teruk. Mereka tewas di tangan PR khususnya oleh DAP !

Maka, melemahkan PR dan seterusnya bagi memastikan survival BN adalah melalui cara menghapuskan atau melemahkan DAP, yang seterusnya melemahkan dan menghancurkan PR.

BAGAIMANA?

Kaedah serangan paling mudah dan cepat bagi menghancurkan lawan adalah dengan membuat *SERANGAN PERSEPSI* dan *merekayasa ketakutan demi ketakutan* ataupun saya sebut sebagai strategi "Instill Fear", menanamkan rasa takut. MEMPOTRETKAN lawan dengan sehodoh-hodoh dan sejahat-jahatnya melalui pelbagai instrumen, agensi dan proksi. Kemudian ia dilakukan secara BERULANG-ULANG bertujuan menanamnya di minda bawah sedar setiap orang.

CONTOHNYA?

DAP anti Islam. DAP menindas bangsa Melayu. DAP adalah proksi PAP dari Singapura. DAP menjalankan misi kristianisasi terancang. DAP benci ulamak. DAP giat menghancurkan PAS. DAP mahu jadikan Malaysia macam Singapura bawah Lee Kuan Yew. DAP jahat. DAP jahat. DAP jahat dan macam-macam lagi, agaknya sehingga dunia kiamat.

Itulah ratiban umno dan kini menjadi ratiban bergema oleh PAS  yang lebih suka serta percaya kepada Auta daripada FAKTA. Mereka berfikir dengan emosi, bukan dengan akal yang sihat.

Justeru, selepas meneliti FAKTA dan bukannya hanya mempercayai AUTA, apakah anda masih percaya dakyah UMNO?

*UMNO menipu kita selama ni dengan memainkan sentimen perkauman.*

Sebenarnya yang merosakkan Melayu dan menggadaikan masa depan melayu adalah pemimpin UMNO.

Hentikan bermain isu perkauman jika anda tidak tahu fakta sebenar.

Viral²kan Sana Sini - HandRekey

1 comment:

  1. Terbaik. Pengundi Umno rupanya pengkhianat orang Melayu sebenar! Sampai hati Najib letak kafir di kawasan majoriti Melayu! Speechless to Ketuanan morons..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa