Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 26, 2017

Pulak daah!

Putus tahaluf tiada kaitan dengan pentadbiran negeri, dakwa Pas Selangor
25 Mei 2017 | MALAYSIA DATELINE
Sallehen Mukhyi

Keputusan Pas untuk memutuskan kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan PKR  tidak berkait dengan urustadbir kerajaan negeri tetapi hanya berkaitan persediaan menghadapi pilihan raya yang akan datang, dakwa Pesuruhjaya Pas Selangor Sallehen Mukhyi.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Sallehen berkata keputusan menamatkan kerjasam politik dengan PKR juga bukan bermakna putus silaturrahim, putus setiakawan, putus hubungan kerjasama dalam melakukan kebaikan.
Ahli Dewan Negeri (Adun) Sabak itu juga mendakwa, Pas negeri 'teguh dan setia' bersama semua Menteri Besar yang diperkenankan Sultan Selangor sama ada ketika Selangor dipimpin oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahupun Datuk Seri Mohammad Azmin Ali.
"Pas Selangor percaya bahawa kesetiaan dan keyakinan terhadap pemimpin yang diperkenankan oleh DYMM Tuanku Sultan adalah asas penting untuk mempastikan kestabilan politik dapat dipelihara dengan baik dan waktu yang sama keprcayaan rakyat dapat dilaksanakan dengan jayanya," katanya.
Beliau menambah, tiga Exco dan 10 wakil rakyat Pas negeri akan terus bekerja bersungguh-sungguh dan meneruskan kesetiaan dan khidmat cemerlang mereka.

"Apa yang penting bagi kami, kepentingan rakyat dan kestabilan politik adalah keutamaan yang tiada tukar gantinya," ujar beliau.

Pas katanya akan terus menggunakan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) dalam menghadapi situasi yang mendatang. 

"Berpolitik secara santun, berpolitik secara hujah bukan sumpah seranah, berpolitik secara rasional dan bukan emosional adalah antara keperluan bagi memastikan kestabilan kerajaan tercapai.

"Bagi pihak-pihak yang sering mengeluarkan perkataan sumbang, yang dengki dengan kejayaan Kerajaan Selangor dan yang mengambil kesempatan untuk mengeruhkan suasana konflik politik di Selangor harap dapat mengambil pengajaran dan peringatan terhadap Titah  DYMM Tuanku Sultan Selangor serta meyakini pendirian yang telah dinyatakan oleh Presiden PKR. Teguh dan setia bersama rakyat," ujarnya.

2 comments:

  1. Lidah berbelit2 nak mempertahankan duit. Jenis muka tak pemalu hihihi.

    ReplyDelete
  2. Maruah tak de dlm kamus Pas? Demi jawatan macam2 ayat keluar.....dr PJ sampai ke Presideng kah kah kah, selamat sejahtera kpd Pas.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa