Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, June 18, 2017

Kes judi haram: Saksi hilangkan diri pulak dah!

SPRM sedang kesan saksi penting kes rasuah Melaka
Hilal Azmi, Astro Awani |  Diterbitkan pada Jun 17, 2017 19:59 MYT
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata ini berikutan saksi terbabit gagal dikesan dan dipercayai telah meninggalkan negara ini. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang memburu saksi penting berhubung kegiatan mengutip wang bagi melindungi pusat judi haram dan rumah urut di sekitar Melaka.

Ketua Pesuruhjayanya Datuk Dzulkifli Ahmad berkata siasatan kes rasuah yang turut membabitkan anggota polis dan orang awam itu masih belum selesai berikutan saksi yang dicari gagal dikesan.

"Ada di antara mereka sudah melarikan diri ke luar negara, manakala selebihnya bersembunyi di dalam negara.

"Kami dalam proses mengesan mereka semua bagi melengkapkan siasatan," katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran Sahabat SPRM di Berjaya Times Square pada Sabtu.

Katanya, seramai 13 individu telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan blog Sarawak Report yang mengaitkan beberapa pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan suspek utama kes rasuah berkenaan, beliau berkata tindakan atas dakwaan berkenaan termasuk memanggil Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hanya akan dibuat berdasarkan siasatan lanjut SPRM.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa