Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, July 1, 2017

Ada 'keberanian'kah dia?

Walaupun tanpa saman sivil DoJ, peguam negara boleh dakwa penyangak 1MDB
01 Julai 2017 | HUSIN MAHAT
Dr Dzulkefly Ahmad

Tindak tanduk peguam negara yang berbuat bising membantah saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) berhubung dana yang diselewengkan daripada  1MDB menimbulkan persoalan memandangkan beliau sepatutnya sudah bertindak terhadap 'geng penyangak' yang menyelewengkan dana syarikat pelaburan negara itu bersandarkan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan, keengganan Tan Sri Apandi Ali untuk memulakan tindakan undang-undang ke atas sesiapa pun dari 'geng penyangak' yang merompak dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu dipersoalkan kerana ia adalah kecelakaan pertama yang menimpa Malaysia.
Malah beliau yakin situasi ini akan kekal selagi Apandi menjawat Peguam Negara.
"Sebenarnya Apandi tidak perlu tunggu akan 'tiga tindakan undang-undang DoJ' atas pensonglapan dana 1MDB! Berbuih mulut pembangkang dan pihak NGO serta individu-individu bekas institusi Kehakiman Negara supaya beliau boleh mula sebaik sahaja Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dibentang sesi Parlimen Ketiga Belas pada tarikh keramat 7 April 2016," ujarnya.
Dr Dzulkefly menjelaskan, laporan 106 muka surat PAC itu sudah cukup untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Datuk Sharul Azrai Ibrahim Hilmi.

Ini kerana katanya, padai muka surat 94, Jadual 15 laporan PAC, dirumuskan pelbagai kesalahan Sharul termasuk memindahkan US$700 juta kepada akaun 11116073 di RBS Coutts Bank Ltd, milik Jho Low pada 29 September 2009.

Sambil menyifatkan tindakan Sharul itu sebagai 'rompakan pertama' dana 1MDB, Dr Dzulkefly menegaskan bahawa pindahan bernilai ratusan juta dolar Amerika itu jelas satu perbuatan 'pecah amanah'.

Bagaimanapun beliau kesal kerana sehingga hari ini Sharul dibiarkan bebas bahkan boleh memegang jawatan penting dalam GLC yang lain!

"Kalau tidak celaka namanya, apakah bala yang sedang menimpa Malaysia ini?" soal beliau.

Menyentuh tentang saman sivil DoJ, beliau berkata laporan pertama DoJ setebal 136 muka surat pada 20 Julai 2016 sudah cukup untuk meruntuhkan segala maruah dan integriti kepimpinan negara oleh MO1 yang merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Malah katanya, 251 muka surat laporan ketiga DoJ telah 'melondehkan' segala perihal 'rompakan penyangak' ke atas dana malang 1MDB termasuk perihal US$620 juta (RM2.6 bilion) 'derma' yang telah dipulangkan (returned donation) kembali kepada 'penderma budiman Pak Sheik Arab Saudi' oleh Najib.

"Dalam laporan ketiga ini, Jho Low, penerima US$620 juta itu, telah antara lain didakwa menggunakan dana berkenaan untuk membeli 'kalung berlian merah jambu' bernilai US$27.2 juta untuk isteri MO1!
"Soal besar yang ditanya masyarakat dunia dan rakyat teramai yang peduli akan perihal 'rompakan' atas 1MDB ini adalah 'mengapa jadi begini'? Atau lebih tepat 'kenapa kerajaan Malaysia terus membisu dan tidak bertindak'?" soal beliau.
Menurutnya, tiada siapa yang dapat menolak hakikat bahawa semakin banyak penyelewengan dana 1MDB didedahkan pelbagai pihak, semakin kuat, teguh dan gagah Najib selaku MO1 dan isteri.
Beliau yakin skandal terbesar negara ini hanya boleh diatasi dengan komitmen rakyat untuk melakukan perubahan politik dalam negara dengan memilih pemimpin baru yang mampu membanteras salah guna kuasa dan rasuah.

"Maka barulah budaya kerajaan kleptokrasi-perompak akan dapat dijatuhkan dan disingkirkan secara muktamad di mahkamah rakyat yakni pilihan raya umum akan datang," tegas beliau.


Analisis penuh beliau tentang skandal 1MDB boleh dibaca di akhbar mingguan Amanah keluaran terbaru.

* Kerana tak beranilah yang jadi kepoh tak tentu hala tuu........!

1 comment:

  1. kalau takde angin masakan pokok bergoyang....tapi pokok balak ni ribut taufan pun taknak goyang....pppuuiii....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa