Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, July 9, 2017

PH perintah Kedah: Angan tu bagus, tapi bagaimana dengan kegigihan dan usaha.......

PH mampu perintah Kedah selepas PRU14
09 Julai 2017 | MOHD ALI HASHIM
Mohamad Sabu semasa merasmikan pejabat Parti Amanah Negara Kawasan Merbok kelmarin

Banyak projek mega yang diajnjikan Umno BN untuk penduduk di Kulim, Baling dan Sik sejak 2013 yang lalu masih belum berjaya dilaksanakan walaupun tempoh untuk BN memerintah semakin menguncup tidak lama lagi.

Pakatan Harapan mampu untuk menjadi pemerintah yang baharu di Kedah selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang akan datang.

Keyakinan ini dizahirkan oleh Presiden Amanah, Mohamad Sabu ketika ditemui selepas merasmikan pembukaan Pejabat Amanah kawasan Merbok di Sungai Lalang, Sungai Petani kelmarin.

Malah katanya sokongan yang semakin bercambah kepada Parti Amanah Negara khususnya di Kedah memperlihatkan betapa rakyat amat inginkan perubahan dalam pilihan raya umum tidak lama lagi.

"Sokongan yang bertambah dengan penubuhan cawangan-cawangan baru di seluruh negeri Kedah membuktikan Amanah semakin mendapat tempat di hari rakyat Kedah.

"Ini jelas memperlihatkan betapa bosannya rakyat kepada Umno dan BN yang sedang menerajui kepimpinan kerajaan negeri ketika ini.

"Kita bukan saja mahu supaya Parlimen Merbok menjadi kemenangan bagi Amanah dan Pakatan Harapan (PH), tetapi juga kawasan Dun Bukit Selambau dan Tanjong Dawai menjadi milik PHm" jelasnya lagi.

Manakala Pengerusi Amanah kawasan Merbok, Hamid Ibrahim semasa menyerahkan sebanyak 130 borang keahlian baharu cawangan kepada Mohamad turut berkata, seramai 68 ahli baharu yang menyertai Amanah kawasan Merbok adalah penyokong tegar dan ahli Pas.
Pengerusi Amanah kawasan Merbok Hamid Ibrahim menyerahkan borang keahlian baru kepada Mohamad Sabu.

Beliau juga berkata, daripada senarai tersebut kebanyakan penyokong dan ahli Pas yang menyertai Amanah kawasan Merbok adalah dari Paya Nahu 1 dan Paya Nahu 2.

"Amanah kawasan Merbok akan meneruskan sesi penerangan dan turun padang mendedahkan segala kemungkaran kerajaan sedia ada.

"Kita bukan sahaja peduli dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi rakyat dalam kawasan Merbok, sebaliknya memberi perhatian terhadap seluruh negeri Kedah.

"Yang amat parah adalah kesukaran untuk mendapat bekalan air pada Aidilftri baru-baru ini sepertimana yang dialami pada hari raya tahun lalu, " ujarnya.

Menurut beliau lagi, dengan komitmen yang ada dalam komponen PH membuktikan Kedah mampu untuk dirampas kembali dari tangan Umno dan BN dalam pilihan raya umum yang akan datang.

"Berdasarkan kepada sokongan yang semakin berganda kepada PH, kita amat optimis, kerusi yang ada dalam tangan PH mampu di kekalkan di negeri ini.

"Manakala pelbagai janji mungkir yang dibuat oleh kerajaan menjelang PRU ke 13 yang lalu telah menjerat diri mereka sendiri.

"Banyak projek mega yang mereka janji untuk penduduk di Kulim, Baling dan Sik sejak 2013 yang lalu masih belum berjaya dilaksanakan walaupun tempoh untuk BN memerintah semakin menguncup tidak lama lagi, " tegasnya.

Sehubungan itu katanya rakyat Kedah harus sedar, selama ini mereka telah dibohongi oleh Umno dan BN yang memperagakan slogan 'BN menang, Kedah senang'.

Sebaliknya kemenangan BN di Kedah, menjadikan rakyat negeri ini senantiasa berada dalam kemiskinan yang melampau tanpa pembelaan yang sebenarnya.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Naib Presiden PKR, Tian Chua, Naib Pengerusi PKR Kedah, Ir Zamri Yusof serta kepimpinan Parti Bersatu dan DAP Negeri Kedah.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa