Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 10, 2017

Politik kleptokrasi dalam PRU14

DR ISKANDAR HASAN TAN ABDULLAH - 10 JULAI 2017
SEMAKIN dekat dengan PRU14, semakin banyak isu yang diutarakan dalam politik semasa telah menjerat rakyat tidak berdosa dalam kancah politik fitnah. Dilihat seolah-olah politik fitnah telah menjadi satu lumrah kehidupan ahli-ahli politik tertentu pada hari ini. Bagi mereka kemenangan untuk mendapatkan kuasa amat penting berbanding budi pekerti manusia. Bagi mereka juga kepimpinan pemerintah sekarang (BN) perlu dijatuhkan kerana sudah lama memerintah dan dilihat kurang membela rakyat. BN digambarkan dengan elemen rasuah dan kurang menyenangkan oleh permainan politik fitnah pihak tertentu.

Walaupun BN telah banyak memberi sumbangan khidmat bakti kepada rakyat; kebajikan rakyat marhaen dan pembangunan dilaksanakan tanpa mengenal wilayah, negeri, tempat mahupun fahaman ideologi politik. Situasi ini menimbulkan kecemburuan kuasa pihak tertentu yang tidak berasa senang dengan kembalinya sokongan rakyat kepada BN. Bagi mereka, kes-kes rasuah dan isu yang kurang menyenangkan tersebut dibawa ke mahkamah oleh kepimpinan BN dan didapati tiada bukti, adalah satu pembohongan. Bagi kesalahan mereka seperti kes kepimpinan DAP di negeri Pulau Pinang yang telah disabit dengan kes rasuah sebenarnya adalah permainan kotor. Maka dengan demikian kepimpinan di negeri Pulau Pinang tidak perlu meletak jawatan. Berlainan sekali pandangan mereka ke atas kepimpinan BN.  

Apabila permainan politik fitnah ini tidak menjadi, mereka mula ingin melaga-lagakan antara kepimpinan Pas dan BN dalam isu berkaitan antara negeri dan Kerajaan Pusat. Malahan mereka cuba menarik kepimpinan Pas kembali kepada Pakatan Harapan. Tujuannya adalah menggunakan Pas untuk menentang BN dalam PRU14.

Mereka juga mencipta berbagai-bagai analisis andaian mengenai parti manakah yang akan menang dalam PRU14. Hebat sungguh Nujum Pak Belalang. Ramalan mereka mengatakan BN akan kalah dan Pakatan Harapan akan menang.


Walaupun Pakatan harapan sendiri berkocak dan bertegang leher siapakah yang sepatutnya menjadi Perdana Menteri andai kata BN kalah. Kenapa BN kalah sebab rakyat telah mual dan benci akan kepimpinan BN yang korup dan kleptrokrasi. Siapakah yang kleptokrasi. Tuduhan pemimpin DAP ke atas Tun Mahathir pada tahun 2015 yang mengatakan kekayaan proksi dan keluarga Mahathir berjumlah melebihi RM1 trilion kini menjadi senyap sepi.

Malahan kleptokrasi juga berlaku pada rundingan pembinaan terowong yang menghubungkan Pulau Pinang dan Seberang Perai seperti didakwa Presiden Parti Cinta Malaysia. Sehingga hari berbagai-bagai dakwaan kleptokrasi yang membabitkan kepimpinan DAP negeri Pulau Pinang oleh Presiden Parti Cinta Malaysia tidak dijawab atau diambil tindakan.

Ini menunjukkan dakwaan itu berkemungkinan benar. Begitu juga dakwaan penjualan tanah di Pulau Pinang kepada kroni tertentu oleh kepimpinan DAP Pulau Pinang. Pelik tapi hairan tiada kenyataan susulan daripada pihak Pakatan Harapan. Siapakah sebenarnya yang korup. Kuman di seberang nampak, tetapi bangkai gajah di depan tidak kelihatan. Kepimpinan DAP Pulau Pinang dianggap sebagai terbaik Pakatan Harapan, tetapi sebaliknya dicemari dengan teruk oleh elemen kleptokrasi, kiasu dan kiasi.

Seterusnya agenda fitnah mereka adalah memainkan isu-isu lama yang berkaitan dengan DOJ atau Jabatan Kehakiman Amerika. Isu tersebut tidak melibatkan kepimpinan Datuk Seri Najib mahupun 1MDB. Cuma yang terlibat adalah syarikat asing dan individu tertentu.

Secara kebetulan individu ini rakyat Malaysia dan individu yang mendakwa dirinya adalah wakil DOJ Amerika turut terlibat kes penipuan dalam dakwaan. Individu wakil DOJ ini sudah tidak dipercayai pihak kerajaan Amerika Syarikat kerana didapati bersalah dalam kes dakwaan penipuan, tetapi dipercayai pihak Pakatan Harapan.

Sedangkan terdapat individu tertentu dalam Pakatan Harapan yang sering kali menggemparkan negara dengan kes dakwaan rasuah membabitkan kepimpinan negara ini akhirnya dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan. Malahan terdapat kes saman ke atas individu tersebut kerana menyebarkan fitnah ke atas kepimpinan negara ini berhubung subsidi minyak.

Banyak lagi kes politik fitnah yang sengaja ditularkan ke dalam media sosial dengan tujuan menghasut rakyat menentang kerajaan yang sah dipilih rakyat dalam PRU2013.

Musim PRU14 masih jauh tetapi permainan politik dilaksanakan siang dan malam dengan tidak mempedulikan nasib rakyat. Bagi mereka permainan politik amat penting dalam meneruskan kelangsungan kerjaya politik. Mereka tidak lagi mengambil tahu tentang jalan berlubang, pembekalan air bersih, rumah yang mampu dimiliki rakyat marhaen dan sebagainya. Bagi mereka rakyat boleh digula-gulakan dengan bonus tigs bulan dan pemberian wang ihsan negeri.

* Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Kelantan

1 comment:

  1. I am sure this paragraph has touched all the internet users, its really really good paragraph on building
    up new webpage.

    Feel free to surf to my web blog ... toi da nghien con ban thi sao

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa