Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 21, 2017

Apa salahnya SPRM kalau dah memang ada kes

4 akaun exco Pulau Pinang dalam siasatan SPRM dibekukan
TMI - Diterbitkan pada 21 Aug 2017 10:49AM
Exco Pulau Pinang Phee Boon Poh sedang disiasat SPRM berhubung kes kilang haram di Pulau Pinang, skandal yang menimbulkan ketegangan antara PKR dan DAP di negeri itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Ogos, 2017.

EMPAT akaun peribadi milik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sg Puyu, Phee Boon Poh dibekukan, lapor The Star Online hari ini.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu yang semua akaun itu yang mempunyai simpanan RM2 juta mungkin dibekukan selama beberapa bulan.

“Kami sudah tetapkan masa. Mungkin dua atau tiga bulan dan selepas itu, akaun itu akan dikembalikan semula,” katanya semalam.

Akaun Phee dibekukan sementara menunggu siasatan SPRM ke atas kilang pemprosesan tapisan karbon haram di Sungai Lembu.

Bagaimanapun, sumber itu menafikan yang akaun bank pemilik atau pengasas kilang juga dibekukan.

Katanya lagi, siasatan masih berjalan dan agensi pencegahan rasuah itu masih belum mendapatkan kenyataan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang dan Adun Penanti Dr Norlela Ariffin kerana beliau masih berada di hospital.

Norlela membuat aduan berhubung kilang itu mendakwa ia membebaskan asap yang boleh memberi kesan kepada kesihatan penduduk.

“Kami sudah membuat beberapa serbuan di rumah Phee di Butterworth, pejabatnya di Komtar, pejabat wakil rakyatnya di Sungai Puyu dan pejabatnya di Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) di Bandar Perda,” tambah sumber itu lagi.

Pada 11 Ogos lalu, Phee yang juga merupakan exco alam sekitar, kebajikan dan masyarakat penyanyang ditahan bersama pemilik kilang Edmond Gan Eu Lee,37, dan ayahnya Gan Buck Hee, 70, yang bertanggungjawab menubuhkan kilang itu 30 tahun lalu.

Mereka dibebaskan pada 14 Ogos selepas Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membatalkan arahan tahanan reman kerana bertentangan dengan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

SPRM dalam proses merayu keputusan itu.

Phee sedang disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana didakwa menulis dua pucuk surat kepada MPSP mendesak majlis itu tidak mengambil tindakan kepada kilang haram tersebut. – 21 Ogos, 2017.

* Yang peliknya dah 30 tahun kilang haram tu beroperasi, kenapa baru sekarang diambil tindakan?
Tidakkah kilang ini mula beroperasi ketika Pulau Pinang di bawah Kerajaan gerakan/BN lagi?

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa