Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 27, 2017

Parti Yingluck akan kekal

Parti Yingluck akan kekal walaupun hadapi halangan
Diterbitkan pada Ogos 27, 2017 18:45 MYT
Adakah 'kehilangan' Yingluck menandakan berakhirnya cengkaman keluarga Shinawatra dalam politik Thailand? - Gambar fail

BANGKOK: Apakah kehilangan bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra secara tiba-tiba untuk mengikut jejak abangnya, Thaksin yang hidup dalam buangan mengikut spekulasi oleh media menandakan berakhirnya cengkaman Shinawatra ke atas politik Thailand?

Yingluck, adik kepada Thaksin tidak hadir di mahkamah pada Jumaat untuk mendengar keputusan yang boleh menyebabkannya merengkuk dalam penjara sehingga sepuluh tahun, mencetuskan spekulasi bahawa beliau telah lari meninggalkan negara itu.

Tiada siapapun di Thailand yang dapat jawapan yang pasti tentang keberadaan Yingluck sekarang, walaupun sumber-sumber berkata beliau berada di Dubai kerana abangnya yang hidup dalam buangan mempunyai rumah di kota Asia Barat itu.

Walaupun ramai percaya bahawa cengkaman keluarga itu ke atas politik Thailand telah berakhir selepas lebih satu dekad dan kegagalan Yingluck untuk hadir di mahkamah, nasib yang sama mungkin menimpa Parti Pheu Thailand, iaitu pentas politik Shinawatra yang telah lama menguasai senario politik di negara itu.

"Bagi mereka yang mendukung ideologi politik Parti Thai Rak Thai dan kemudian Parti Kuasa Rakyat dan seterusnya Parti Pheu Thai, perjuangan akan diteruskan," kata seorang ahli akademik dan penganalisis politik Kotom Areeya kepada Bernama.

Beliau berkata istilah 'berakhir' mungkin bermakna tiada seorangpun dari keluarga Shinawatra berani untuk menjadi Perdana Menteri tetapi perjuangan bagi Parti Pheu Thai akan diteruskan dalam kalangan penyokong setia dan tegarnya, yang biasanya dirujuk sebagai penyokong "Baju Merah".

Bagi parti yang amat popular di kalangan penduduk luar bandar terutama di utara dan timurlaut Thailand, pergolakan politik yang menyusuri dua hari lepas tidak akan menjejaskan sokongan mereka dengan kebanyakan mereka akan meneruskan perjuangan walaupun pemimpinnya memilih untuk tinggal di luar negara, kata ahli akademik itu.

Beliau mengingatkan semua pihak di negara itu supaya tidak mengenepikan parti Pheu Thai ataupun keluarga Shinawatra untuk kebangkitan kembali walaupun apa yang berlaku kepada Thaksin dan boleh menyebabkan ahli keluarga yang lain berasa tawar hati untuk menyertai politik.

"Adalah terlalu cepat untuk menyatakan semuanya telah berakhir (untuk keluarga Shinawatra)," menurut Kotom dan menambah tidak seperti abangnya yang masih menguasai beberapa pergerakan politik di negara itu walaupun tinggal dalam buangan, nasib Yingluck berbeza.

Pandangannya bahawa penyokong parti Pheu Thai akan berdiri teguh di belakang parti walaupun menghadapi satu lagi rintangan turut dikongsi oleh pemimpin Barisan Bersatu bagi Demokrasi Menentang Diktator (UDD), yang telah lama dikaitkan dengan kumpulan baju Merah.

"Sesetengah pihak kecewa tetapi ia tidak seharusnya bimbang dan sudah tentu ia tidak akan menjejaskan populariti parti Pheu Thai'. Ini kerana perjuangan ini berlaku dalam satu sistem yang menyaksikan kedaulatan undang-undang tidak wujud," kata ketua penasihat UDD, Tida Thavornseth kepada media tempatan.

Walaupun sesetengah penyokong kecewa dengan tindakan Yingluck, kebanyakan mereka memahami sebab di sebalik keputusan itu, kata beliau dan percaya bekas Perdana Menteri itu akan meraih lebih banyak simpati selepas ini.

Menurut pemimpin itu, esok membawa lembaran baharu kerana bab bagi Thaksin dan Yingluck telah ditutup.

Ramalannya mengenai kegetiran masa depan parti PheuThai menjelma ketika satu sumber tertinggi memberitahu media tempatan bahawa para pemimpin kanan Pheu Thai tergesa-gesa mengatur pertemuan di Bangkok apabila berita mengenai ketidakhadiran Yingluck di mahkamah dan melarikan diri dari negara itu mula tersebar.

Sumber itu berkata, mereka bersetuju bahawa tindakannya melarikan diri meletakkan parti itu menghadapi tekanan dengan memberi kesan kepada popularitinya dan menekankan tentang perlunya mencari penyelesaian untuk mendapatkan kembali kepercayaan daripada penyokong. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa