Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 18, 2017

‘agenda Melayu’ hari ini........

Hari ini ‘agenda Melayu’ lawan pemimpin rasuah, salah guna kuasa, khianat bangsa, kata Ezam
MALAYSIA DATELINE  -  September 18, 2017 9:33 am 
Datuk Mohamad Ezam Mohd Noor

Masalah utama bangsa Melayu adalah pemimpin bangsa Melayu yang salah guna kuasa untuk mengejar kemewahan dengan jalan rasuah,pecah amanah dan mencuri harta negara, kata Pengerusi Hisbah Datuk Mohamad Ezam Mohd Noor.

Beliau berkata, agenda utama Melayu hari ini ialah melawan pemimpin yang rasuah dan khianat kepada amanah bangsa melayu.

“Hisbah sering mengingatkan bangsa melayu kepada hadis Rasululllah SAW sendiri yang menyatakan secara jelas bahawa dugaan paling besar umatnya khususnya diakhir zaman ialah dugaan harta yakni rasuah.

“Amat malang dan salah bagi bangsa melayu hari ini sekiranya terperangkap dengan agenda pemimpin2 rasuah didalam UMNO hari ini yang mahu menidakkan hakikat ini dan tidak mahu meletakkan agenda utama bangsa ini ialah melawan rasuah kerana mereka sendiri terpalit dengan gejala rasuah.

“Malah seluruh dunia tahu pemimpin bangsa melayu yang berkuasa didalam parti UMNO itu sendiri yang pecah amanah dan khianat harta negara dalam jumlah yang paling besar,” ujarnya dalam kenyataan.

Ezam mengulas mengenai kenyataan bekas menteri besar Selangor yang jugas bekas naib presiden Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang mengumumkan kembali ke pangkuan Umno  atas sebab parti yang pernah disertainya Pas dan PKR sebelum ini tidak memperjuangan agenda Melayu ketika bercakap pada media dalam satu sidang media khas yang diadakan oleh Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam.

Menurut Ezam lagi yang juga bekas ahli Umno dan menyertai PKR sebelum meninggalkan parti itu kerana menumpukan kepada kerja-kerja NGO berkata, Muhammad menggunakan alasan sebagai agenda Melayu untuk kembali kepada Umno adalah kenyataan yang mengambarkan kepimpinan utama Najib dalam Umno-BN hari ini semakin terdesak.

“Hari ini apabila Tan Sri Muhammad Taib kembali sertai Umno dengan alasan agenda Melayu, jelas pimpinan Najib sudah amat terdesak dan akan menggunakan alasan bangsa Melayu dan agenda Melayu.

“Tujuh tahun saya sendiri didalam parti Umno dan cuba membawa agenda melawan rasuah tetapi jelas pemimpin rasuah ini tidak pernah serius dan jujur dalam perjuangan melawan rasuah kerana mereka sendiri perasuah,” dakwanya.

Justeru menerusi Hisbah beliau mengingatkan bangsa Melayu agar tidak terperangkap dengan muslihat pemimpin rasuah di dalam Umno yang menggunakan alasan agenda melayu untuk melarikan perhatian bangsa Melayu kepada isu nombor satu bangsa ini iaitu pemimpin yang rasuah dan mencuri harta negara.

“Kita tidak nafikan bangsa melayu hari ini ada beberapa masalah dan cabaran selain rasuah tetapi hakikat dan realitinya hari ini masalah dan cabaran utama bangsa Melayu ini ialah menghadapi pemimpin yang rasuah yang terus kekal berkuasa menutup rasuah mereka,melindungi orang-orang yang besekongkol dengan mereka dalam melakukan jenayah rasuah dari dihukum dan menyebabkan negara hilang maruah dan rakyat hidup semakin melarat.

“Hisbah sekali lagi mengingatkan bangsa Melayu agar meletakkan agenda melawan pemimpin rasuah sebagai agenda utama mereka kerana inilah cabaran nombor satu bangsa melayu hari ini,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa