Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, September 2, 2017

'PH jangan berharapkan Undi pentaksub Pas' : Saranan Zolkharnain ini memang berasas!

Undi pentaksub Pas macam mengharap kucing berhenti makan ikan goreng
02 September 2017 | ARIF ATAN
Zolkharnain Abidin 

Berusaha untuk memikat Pas dengan hasrat untuk mendapat undi pentaksub parti itu menjadikan Pakatan Harapan kehilangan undi kritikal yang lebih besar, tegas Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH, Ustaz Zolkharnain Abidin.

Menurut bekas pegawai di Jabatan Hal Ehwal Agama di Perlis itu, undi pentaksub Pas perlu diyakini sebagai sangat kecil tetapi jika dapat meraihnya pada pilihan raya umum akan datang dianggap sebagai baik.

"Tapi nampaknya sehingga kini, harapan itu seperti mengharap kucing berhenti makan ikan goreng. Undi pentaksub Pas sangat kecil berbanding undi pengundi kritikal.

"Jika berlaku pertandingan dua penjuru BN - PH (Pakatan Harapan), saya percaya pentaksub Pas tak akan beri undi kepada PH.

"Sama ada mereka undi BN, buat undi rosak atau tak keluar mengundi," jelasnya dipetik daripada status yang dimuat naik di Facebook beliau hari ini.

Terdapat kelompok dalam PKR secara terbuka menyokong untuk terus berunding dengan Pas ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) semakin hampir.

Selain Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali seramai 17 lagi pimpinan parit itu terdiri daripada Naib-naib Presiden, Ketua Wanita, ahli-ahli Biro Politik dan ahli-ahli MPP termasuk dalam kumpulan tersebut seperti didedah Naib Presdien PKR, Rafizi Ramli pada 27 Ogos lalu.

Zolkharnain yang juga Timbalan Pengerusi AMANAH Perlis itu berkata, terdapat pentaksub Pas enggan mengundi calon daripada komponen parti di bawah Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

"Tentulah semua parti mahukan undi semua orang, termasuk undi pentaksub Pas. Namun soalannya, bagaimana nak dapatkan undi pentaksub Pas, sebab pentaksub Pas hanya undi Pas sahaja.

"Dalam PR (Pakatan Rakyat) dulu pun, ada pentaksub Pas tidak beri undi kepada PKR atau DAP, walaupun kedua-dua parti itu rakan Pas, bahkan Pas masuk bertanding di kerusi Kota Damansara dan Sungai Acheh atas kemahuan pentaksubnya," jelas beliau.

 Walau bagaimanapun, beliau mengingatkan bukan semua anggota Pas adalah pentaksub dan jika mahu juga menagih undi pentaksub Pas maka perlu menolak AMANAH dan DAP.
"Kini, nak dapatkan undi pentaksub Pas, antara syaratnya, jangan berkawan dgn DAP dan Amanah. Namun, harus diingat, dapat undi pentaksub Pas, tidak bermakna dapat undi ahli Pas sebab bukan semua ahli Pas pentaksub Pas.

"Tidak bersama PH akan dapat undi pentaksub Pas, tapi kehilangan undi pengundi kritikal yang tidak selesa dengan Pas," tegas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Santan pada Pilihan Raya Umum 1999 berkenaan.

Sehubungan itu, Zolkharnain menasihatkan Pakatan Harapan membiarkan Pas sendirian dengan undi pentaksub parti yang dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.

"PH mesti melangkah terus meraih undi pengundi kritikal yang bersedia bersama kita. Syaratnya, kita jangan flip flop," tambahnya lagi.

4 comments:

  1. JIKA DIIZINKAN ALLAH PH AKAN DAPAT MENAWAN PUTRA JAYA, IN SHA ALLAH, JANGAN LAH RISAU, UNDI PAS DAH BERPECAH, UNDI UMNO DAH BERPECAH, PKR JANGAN BUAT HAL ...JANGAN SAMPAI UNDI BERPECAH, BERKAT DOA RAKYAT YANG MENDERITA PH AKAN MENANG PRU14 DENGAN SYARAT PH JUJUR DAN KERJA KUAT, KENAL PASTI GUNTING DALAM LIPATAN, BERJAGA JAGA MUSUH DALAM SELIMUT DAN MUSANG BERBULU AYAM.

    ReplyDelete
  2. Saya setuju sangat2..dgn hamim

    ReplyDelete
  3. Piiiiiirah.......! Cakap besor mulut tempayan!

    ReplyDelete
  4. I blog quite often and I truly appreciate your content. Your article has truly peaked my
    interest. I'm going to bookmark your website and keep checking for new details about once per week.
    I subscribed to your RSS feed as well.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa