Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 4, 2017

RCI Memali: Keterangan Hadi boleh melemahkan sokongan akar umbi Pas

RCI Memali boleh jejaskan Pas
MOHD HAFIZ ISMAIL  -  4 SEPTEMBER 2017
Abdul Hadi Awang

SHAH ALAM -  Kesediaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat semula tragedi Memali bakal beri kesan kepada parti itu.

Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, sekiranya wujud kekeliruan dan percanggahan dalam keterangan yang diberikan, ia akan melemahkan sokongan akar umbi Pas.

“Walaupun ada penafian Amanat Hadi  punca tragedi, tetapi dalam Kertas Putih Memali yang dibentangkan di Parlimen ada mengaitkan amanat itu dengan tragedi.

“Bila RCI ditubuhkan, mereka yang berada dalam jawatankuasa itu adalah dalam kalangan mereka yang pakar dalam satu-satu isu. Saya yakin lebih banyak perkara-perkara akan terbongkar dan berkait,” katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad Marthada berpendapat, kesediaan Abdul Hadi untuk memberikan kerjasama kepada RCI sekiranya ia ditubuhkan adalah kesediaan personalitinya.

“Saya lihat kesediaan beliau ini ada kaitannya dengan kesediaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini bersedia untuk bekerjasama jika RCI ditubuhkan,” katanya.

Ahmad Marthada  berkata, RCI juga tidak seharusnya menumpu kepada mencari pihak mana yang salah.

“Ia pastinya beri kesan kepada pemimpin terdahulu. Pas perlu tahu apa rasionalnya penubuhan RCI ini. Kertas Putih Memali telah dibentangkan sebelum ini dan rakyat telah membacanya.

“Jika ada yang berpendapat ada rahsia di sebalik tragedi itu dan mahu menyelongkarnya sehingga terjawab, saya fikir itu akan beri kesan kepada rakyat. Dalam peristiwa itu orang yang meninggal dan saya rasa cadangan penubuhan itu perlu diperhalusi terlebih dahulu,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa