Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, October 7, 2017

Adakah ini pengakuan secara tak langsung: Hanya empat negeri ini sahaja, negeri-negeri lain?

Bincang pembahagian kerusi dengan UMNO: Husam merepek, kata PAS
Vivi SumantiAstro Awani |  Oktober 05, 2017 09:31 MYT
Bincang pembahagian kerusi dengan UMNO: Husam merepek, kata PAS
TAKIYUDDIN: Dalam pertarungan di setiap kerusi Parlimen ditandingi oleh UMNO, kita akan lawan, itu ketegasan. - Gambar fail
KOTA BHARU: PAS tidak membincangkan mengenai pembahagian kerusi antara UMNO melibatkan empat buah negeri - Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pahang - seperti didakwa, kata Setiausaha Agong parti Islam itu, Datuk Takiyuddin Hassan.

Katanya, dakwaan dibuat Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Husam Musa itu, dikatakan bagi mengelakkan berlaku pertandingan tiga penjuru, tidak benar sama sekali.

Bahkan, tambahnya, pada 'retreat' yang diadakan awal September lalu, pimpinan parti itu menegaskan keputusan Majlis Syura Ulamak bahawa PAS tidak boleh bekerjasama dengan UMNO dalam setiap pertandingan sama ada di kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, DUN.

“Saya menegaskan, yang pertama, Husam bukan lagi ahli PAS. Tak tahu lah kalau dia hantar jin.
"Malahan, dalam 'retreat' itu ditegaskan, keputusan Majlis Syura Ulamak bahawa PAS tidak boleh bekerjasama dengan UMNO.

"Dan dalam pertarungan di setiap kerusi Parlimen ditandingi oleh UMNO, kita akan lawan, itu ketegasan," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Takiyuddin menjelaskan, ini bukan kali pertama propaganda bahawa PAS ingin bergabung dengan UMNO disebarkan oleh Pakatan Harapan termasuk Amanah.

Bahkan, katanya, sudah kerap kali fitnah seumpama itu disebarkan dengan tujuan mengelirukan rakyat dan penyokong PAS.

Husam sebelum ini turut mendakwa bahawa lima orang veteran PAS turut menentang hasrat pimpinan PAS mengadakan kerjasama pembahagian kerusi dengan UMNO dan menulis surat kepada Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang.

Menurut Husam lagi, hasrat PAS ingin menjalinkan kerjasama pembahagian kerusi di negeri berkenan bertujuan mengelakkan berlaku pertandingan tiga penjuru yang mana ia akan menyebabkan sokongan dan undi kepada PAS merosot sekaligus mendorong kekalahan Pas terutama di Kelantan.

2 comments:

  1. “Saya menegaskan, yang pertama, Husam bukan lagi ahli PAS. Tak tahu lah kalau dia hantar jin.

    Harumanis je hantar maklumat.... harumanis ada di mana2 hatta di dalam rumah tok guru presiden.

    ReplyDelete
  2. Husam banyak jinnya dlm PAS sbb tu dia tahu biji butir apa berlaku dlm PAS...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa