Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, October 14, 2017

Bodohlah Hamas kalau setuju, iktiraf atau tidak trek rekodnya layanan Israel tetap sama!

Hanya iktiraf kerajaan jika Hamas lucut senjata
SH  -  13 OKTOBER 2017
JERUSALEM - Israel berkata pada Khamis bahawa ia tidak akan mengiktiraf kerajaan bersama Fatah-Hamas Palestin melainkan Hamas melucutkan senjata dan menghentikan gesaan untuk memusnahkan negara rejim zionis itu, lapor agensi berita China Xinhua.

"Selagi Hamas tidak melucutkan senjata dan menghentikan gesaan untuk memusnahkan Israel, Israel meletakkan tanggungjawab ke atas bahunya bagi semua aktiviti keganasan yang datang dari Gaza," kata pejabat Perdana Menteri Israel dalam satu kenyataan.

"Sebarang persetujuan antara Pihak Berkuasa Palestin dan Hamas perlu mematuhi perjanjian antarabangsa dan syarat-syarat the Quartet (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat, Rusia dan Kesatuan Eropah)," menurut kenyataan itu yang merujuk kepada gesaan Hamas sebelum mengiktiraf negara Israel.

Israel menduduki Semenanjung Gaza dan Tebing Barat semasa perang Timur Tengah pada 1967 dan sejak itu telah menguasai kedua-dua wilayah meskipun dikecam masyarakat antarabangsa.

Terdahulu pada Khamis, kedua-dua pihak yang bersaing di Palestin - Fatah yang berpangkalan di Ramallah dan pergerakan Islam Hamas - bersetuju melupakan perselisihan antara mereka sejak sekian lama susulan rundingan damai yang dipelopori Mesir di Kaherah.

Mengikut perjanjian itu, kerajaan konsensus di bawah Fatah akan mempunyai kuasa penuh di Semenanjung Gaza, yang sebelum ini diperintah oleh Hamas, menjelang 1 Dis.

Perjanjian itu dianggap sebagai satu pemulihan kepada persetujuan damai yang dicapai di Kaherah pada 2011 namun tertangguh.

* Pertemuan dan perjanjian ini adalah di atas usaha mesir yang presidennya pro Amarika dan secara langsung atau tidak langsung adalah pro Israel juga

3 comments:

  1. Oh my goodness! Incredible article dude! Thanks, However I am having troubles with your RSS.
    I don't know the reason why I am unable
    to subscribe to it. Is there anybody getting similar RSS issues?
    Anyone that knows the solution can you kindly respond?
    Thanks!!

    ReplyDelete
  2. Pretty! This was an incredibly wonderful post. Thanks for supplying this information.

    ReplyDelete
  3. Hi, Neat post. There's an issue aloong with your website in internet explorer, would test this?
    IE nonetheless is the market chief and a large section of other folks will
    pass over your fantastic writing due to this problem.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa