Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 5, 2017

Datuk ni ditahan semula

Boy Iman ditahan semula selepas bebas seketika
mk      4 Okt 2017, 9:53 malam
Jalan masih panjang terpaksa diharungi Datuk Boy Iman - atau nama sebenarnya Nuruliman A Rahman.

Dia bersama dua yang lain dibebaskan daripada tahanan reman kira-kira jam 6 petang tadi selepas tempoh yang dibenarkan mahkamah berakhir.

Namun beberapa minit kemudian Boy Iman dan dua yang lain ditahan semula untuk membantu siasatan berhubung dakwaan penipuan membabitkan nilai kira-kira RM6.2 juta.

Memetik kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, portal mStar Online melaporkan polis akan mendapatkan kebenaran mahkamah menahan reman mereka sekali lagi esok.

Katanya, permohonan menahan reman Boy Iman akan dibuat di Muar, Johor, manakala dua yang lain di Nilai, Negeri Sembilan.

Kata Acryl Sani, jumlah laporan polis terhadap syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources (SJKGR) juga kini meningkat menjadi 201 berbanding 188 sebelum ini.

Katanya laporan itu dibuat di seluruh negara.

Beliau menambah, polis akan memanggil beberapa individu lain untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Semalam polis menahan tiga individu berusia antara 29 dan 45 tahun dan mahkamah membenarkan mereka direman selama dua hari.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu atas tuduhan menipu.

Jika disabitkan kesalahan pesalah boleh dihukum penjara antara satu hingga 10 tahun dengan sebat serta denda.

Semalam Acryl Sani memberitahu syarikat terbabit menawarkan sebuah banglo dengan keluasan 1,650 kaki persegi pada harga kira-kira RM60,000.

Bagaimanapun mangsa berdepan masalah apabila rumah yang dijanjikan tidak dibina walaupun bayaran sudah dilunaskan.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa