Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 1, 2017

Orang Kelantan miskin atau terlalu nak cepat kaya?

Polis Kelantan rampas heroin bernilai RM430,000 
TMI  - Diterbitkan pada 1 Oct 2017 7:15PM

POLIS Kelantan merampas dadah jenis heroin bernilai RM430,000 yang disembunyikan dalam satu sangkar burung di sebuah rumah di Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang, Pasir Mas pada Khamis.

Ketua Polis Kelantan Hasanuddin Hassan berkata polis turut menahan pemilik rumah berkenaan, seorang lelaki berusia 56 tahun, untuk siasatan.

Beliau berkata serbuan 6.30 petang itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas selepas menerima maklumat serta risikan.

"Pemeriksaan di bahagian belakang rumah suspek, yang terletak berhampiran dengan Sungai Golok, menemukan sejumlah 215 botol lutsinar berisi serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin yang disembunyikan dalam sangkar burung," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini.

Lelaki berkenaan menafikan dadah itu miliknya dan siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod berkaitan dadah, katanya.

Hasanuddin berkata polis akan menjalankan siasatan lanjut termasuk bagaimana dadah itu boleh berada di kawasan rumah suspek, yang kini direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Beliau berkata dadah berkenaan dipercayai untuk bekalan di Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan jumlah dadah itu boleh memenuhi bekalan untuk 75,000 penagih dadah.

Sementara itu, beliau berkata polis sedang mengesan sepasang suami isteri berusia 38 dan 33 tahun bagi membantu siasatan berkaitan penemuan pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM45,000 di sebuah rumah di Kampung Bagus, Rantau Panjang pada 20 September lepas. – Bernama, 1 Oktober, 2017.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa