Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 12, 2017

Dia banyak pitih ni.......dan popular pula, mungkin di kalangan PAS!

Razman makan durian selepas diperintah bayar RM200,000
ARIF ATAN  -  November 10, 2017 6:35 pm
Hanya beberapa jam selepas diperintah membayar RM200,000 kerana memfitnah, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dilihat masih ada selera menikmati durian di Pasir Salak.

Bekas pegawai Kastam itu sendiri memberitahu hal tersebut di Facebook dengan turut memuat naik empat foto termasuk bersama-sama sekumpulan kanak-kanak berjubah kira-kira jam 3 petang tadi.

“Perjalanan ke KL dari mahkamah Ipoh singgah pekena durian Pasir Salak. Ustaz Mustaffa. JZKK,” dipetik daripada statusnya di media sosial itu.

Maklumannya itu kemudian mengundang puluhan komentar daripada pihak penyokong Pas termasuk sindiran netizen yang mengaitkan jumlah bayaran yang mesti djelaskannya mencecah RM200,000.

Mahkamah Sesyen di Ipoh hari ini memerintahkan Razman membayar RM200,000 kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkaitan saman fitnah yang difailkan pada 2015.

Razman, 57, didapati bersalah memfitnah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering itu dalam satu laporan berita di akhbar Sinar Harian Edisi Perak, 2 Jun 2015 bertajuk ‘Pendekatan Nizar mirip DAP’.

Namun, seolah-olah tidak serik, Razman masih terus mengaitkan AMANAH dengan DAP dalam reaksinya terhadap komentar paling atas yang berbaur sinis untuk status tersebut.

“Perkara kecik bukan macam Pan. Harap ehsan DAP,” dakwanya yang memang memanggil AMANAH sebagai ‘Pan’seperti kelaziman perangai pemimpin dan penyokong Pas yang lain.

Beliau berkata demikian sebagai respon terhadap soalan pengguna Facebook, Khairy Armani yang berbunyi, “Dah bayar saman ke?” dengan tanda pagar #tanyasaja.
Keratan akhbar fitnah Razman terhadap Nizar pada 2015.

Bukan sekali Razman berdepan dengan Nizar di Mahkamah Sesyen Ipoh. Pada 19 April lalu, beliau diperintah membayar RM8,500 sebagai kos kepada Nizar selepas permohonannya menarik keluar saman fitnah yang difailkan Nizar diketepikan.

Razman memang dikenali antara pemimpin Pas yang kerap memprovokasi AMANAH walaupun partinya dicanang mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera.

Sebelum ini, beliau memuat naik poster fitnah bertajuk ‘Sejarah yang berulang’ dengan tertera imej Chin Peng bersebelahan Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya manakala gambar pimpinan AMANAH berada di sebelah foto Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Bagaimanapun, Razman kemudiannya mengemukakan permohonan maaf secara terbuka selepas mengongsikan poster itu yang antara lain cuba memberi tanggapan buruk kononnya AMANAH adalah proksi DAP.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa