Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 23, 2017

Hairankah bila kuncu Amarika membuat tuduhan begini?

November 23, 2017
Saudi tuduh badan ulama dianggotai Hadi ‘pengganas’
FMT Reporters
PETALING JAYA: Pakatan 4 negara Arab diketuai Arab Saudi hari ini menuduh sebuah pertubuhan yang dianggotai Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebagai terlibat dalam kegiatan keganasan.

Arab Saudi, Mesir, UAE dan Bahrain mendakwa Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (IUMS) yang diasaskan pada 2004 oleh ulama terkenal berpengkalan Qatar, Yusuf al-Qaradawi, merupakan antara pertubuhan yang menaja keganasan.

Ia merupakan tambahan kepada senarai negara, pertubuhan dan invididu yang dituduh 4 negara sekutu Amerika Syarikat itu sebagai menaja keganasan.

Tambahan itu turut menamakan Majlis Islam Antarabangsa atau Massaa, di samping 11 individu lain.

“Kedua-dua entiti itu adalah organisasi pengganas yang mahu mempromosikan keganasan dengan mengeksploit wacana Islam sebagai alasan menutup bantuan kepada aktiviti pengganas,” kata kenyataan 4 negara itu dipetik Arab News.

Sebelum ini, 4 negara itu turut menamakan Qaradawi sebagai berkait keganasan, lalu mengharamkan penulisannya yang menjadi rujukan popular fekah umat Islam sedunia

Hadi merupakan naib ketua IUMS, sebuah pertubuhan antarabangsa yang menggabungkan puluhan ribu cendekiawan dan sarjana Islam.

Selasa lalu, Hadi dalam artikelnya membidas kuasa Arab seperti Arab Saudi yang cuba meningkatkan permusuhan mazhab, sambil menyatakan sokongan kepada Qatar, Iran, dan Turki.

“Saya tetap kembali kepada Al-Quran walaupun raja yang menjadi khadam dua Tanah Haram mengadakan hubungan intim dengan Israel bersama Amerika Syarikat kerana saya tidak beriman kepada Batu Kaabah tetapi beriman kepada Allah,” kata Hadi merujuk Raja Saudi, Raja Salman bin Abdul Aziz.

IUMS antara lain mengambil pendirian mahu mendekatkan perbezaan antara mazhab, termasuk perdamaian antara pengikut aliran Sunni dan Syiah. Manakala agamawan Arab Saudi yang dipengaruhi fahaman Wahabi merupakan antara penentang kuat Iran dan aliran Syiah yang menjadi mazhab dominan di beberapa negara Teluk.

Jun lalu, “senarai keganasan” yang dikemukakan Arab Saudi dan kuncunya menuduh 59 orang dan 12 pertubuhan, tidak lama selepas memutuskan segala bentuh hubungan dagang dan diplomatik dengan Qatar.

Langkah itu menerima sokongan beberapa sekutu Saudi seperti Yaman, Bahrain, UAE, Maldives dan Libya, dan dilihat usaha Riyadh untuk memencilkan gergasi ekonomi minyak itu di samping menguatkan pakatan Arab-Washington untuk berdepan Tehran.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa