Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, November 13, 2017

Pertikaian MA63: Mengapa PBS tak mansuh undang-undang agama ketika memerintah?

Pandikar persoal mengapa PBS tak mansuh undang-undang agama ketika memerintah
Jason Santos  · Diterbitkan pada 12 Nov 2017 5:48PM
Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia ketika berucap pada majlis anjuran Gabungan Idea Pembangunan Sabah hari ini. – Gambar The Malaysian Insight, 12 November, 2017

SPEAKER Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia mempersoalkan mengapa Parti Bersatu Sabah (PBS) tidak memansuhkan undang-undang yang menjadikan Islam agama rasmi Sabah ketika ia membentuk kerajaan pada 1985.

Pandikar berkata salah satu daripada tuntutan Sabah semasa pembentukan Malaysia pada 1963 ialah negeri itu tidak harus mempunyai agama rasmi.

"Tetapi pada 1976, Usno (Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu) telah meminda perlembagaan negeri, menamakan Islam agama rasmi negeri seperti yang dinyatakan di bawah Artikel 5A," kata Pandikar pada majlis anjuran Gabungan Idea Pembangunan Sabah hari ini.

"Apabila PBS menewaskan Usno pada 1985, mengapa kerajaan pimpinan PBS tidak mansuh undang-undang itu, tapi sebaliknya meminda untuk dimasukkan kedalam Artikel 5B, iaitu menjadikan ketua negeri sebagai ketua agama Islam di Sabah?

"Mengapa PBS yang dipimpin Joseph Pairin Kitingan, tak buat apa-apa untuk mansuhkan atau pinda undang-undang apabila ada peluang?  " katanya.

Terdahulu, Pandikar berkata tidak ada keperluan bagi ahli-ahli politik memfailkan usul untuk mengkaji semula Perjanjian Malaysia 1963 kerana semua hak istimewa negeri sudah dilaksanakan.

Beliau berkata Sabah menikmati keistimewaan khas, seperti tiada peguam dari Semenanjung Malaysia yang boleh mengamalkan undang-undang di Sabah dan mereka yang berada di Semenanjung perlu mempunyai pasport untuk memasuki negeri itu.

"Selain itu, Sabah juga menikmati kemajuan yang mantap, seperti pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo dan peruntukan-peruntukan," katanya.

Pandikar memberi amaran yang usaha pembangkang di Sabah untuk memfailkan usul mengkaji semula Perjanjian Malaysia boleh memakan diri sendiri, kerana Sabah akan kehilangan pendapatan yang ketara.

"Bayangkan jika kerajaan Persekutuan mengutip sejumlah wang dari Sabah melalui cukai barangan dan perkhidmatan dan mengembalikan semula 40% daripada jumlah kutipan.

"Bagaimana kalau ini kurang daripada peruntukan yang Putrajaya beri ketika ini? Perkara seperti ini yang perlu kita fikirkan sebelum membuka mulut untuk membuat sesuatu tuntutan." – 12 November, 2017

Baca jugaPenjelasan Pandikar tentang status Sabah dan Sarawak sebelum sebelum 1963 serta MA63

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa