Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 12, 2017

Realiti atau ilusi?

Umno Sabah jangka terima masuk ramai ahli WARISAN
mk   -   Hari ini, 7:03 pm
Umno Sabah bakal menerima masuk sejumlah besar anggota Parti Warisan Sabah (WARISAN) dari beberapa kawasan di negeri itu, kata Timbalan Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Ramlee Marahaban.

Ramlee yang juga Pembantu Menteri Kewangan Sabah, berkata anggota parti haluan kiri itu yang selama ini berada di atas pagar kerana menggunakan pendekatan ‘tunggu dan lihat’ mulai sedar akan arah tuju parti WARISAN.

"Melihat kepada perkembangan politik WARISAN dengan beberapa pemimpin tertinggi mereka terlibat dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjadi punca kepada anggota mereka kini berada di atas pagar," katanya yang menyenaraikan antara kawasan pembangkang yang goyah ialah Kimanis, Papar dan Semporna.

Ramlee yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bugaya, berkata demikian selepas menyempurnakan program Tautan Kembali yang menyaksikan Bibi Sangalani mengetuai 1,020 anggota WARISAN di daerah ini mengumumkan keluar parti dan menyerahkan borang menyertai Umno di rumah atas air di Kampung Bangau-Bangau di Semporna, hari ini.

Ramlee berkata anggota yang umum keluar parti itu terdiri daripada bekas anggota Umno Semporna dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Semporan kubu kuat WARISAN

"Mereka itu menyatakan sokongan kepada BN (Barisan Nasional) atas kecemerlangan rekod pemerintahan BN yang sentiasa mengutamakan rakyat.

"Setelah berada di bawah parti pembangkang, mereka menyedari bahawa BN merupakan satu-satunya parti yang komited dalam membangunkan negara dan rakyat," katanya lagi.

Sementara itu, Ramlee berkata perubahan angin politik yang berlaku di daerah Semporna ini menunjukkan bahawa Warisan semakin goyah memandangkan Semporna sebelum ini diuar-uarkan sebagai kubu kuat WARISAN.

Katanya mereka turut menjangkakan bahawa lebih ramai lagi ahli WARISAN yang berbuat demikian.

"Umno dan BN sentiasa membuka ruang dan peluang untuk mana-mana individu yang mahu kembali atau menyertai Umno," katanya lagi.

* Jangan pula Marahaban jadi meraban!

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa